Wednesday, December 31, 2008

Ikhlaskan niat, Insya-Allah kerja tak penat




Assalamulaikum w.b.t., Ikhwah dan akhawat sekalian...

Rasanya sudah agak lama (lebih kurang dua minggu lebih) kita meluangkan masa bersama dalam Road to Jawa 3 ini, menjalani pelbagai aktiviti mengerah seluruh tenaga yang ada, melalui pahit, getir, suka dan duka yang seharusnya menghadirkan sejuta pengalaman yang mampu mematangkan diri kita dari suatu ketika dengan ketika yang lain.

Disamping mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran yang sepatutnya menambah keyakinan yang sudah sedia ada dalam diri kita, kita tidak seharusnya "terkurang" penghayatan ke atas amalan-amalan fardhi seharian sepertimana kita sengaja mengeluarkan wang yang kurang kepada penjual dengan harapan dia mengurangkan harga barangan tersebut. Ini kerana amalan2 fardhi yang teguh seperti inilah sebenarnya yang akan memacu fokus dan matlamat kita dalam menjalani sesuatu melalui program aka aktiviti khususnya serta dalam menghadapi mehnah dalam kehidupan.

Cuba pembaca visualisasikan, adakala waktunya kita terasa amat letih untuk menjalani sesuatu program, tetapi kita tetap ingin berusaha menggagahkan diri untuk menyelesaikan program tersebut hingga akhirnya kita mampu menggegar penamatnya.

Pada waktu ketika yang lain pula, pernahkah kita merasakan diri kita malas, tidak rela, terpaksa, kebosanan serta meyakini diri kita tidak mungkin akan terkesan langsung daripadanya? Tidak keterlaluan juga mungkin ada antara kita (KITA yang lain...bukan peserta R2J3) yang terasa diri mereka sudah terlebih cukup melalui proses pentarbiayahan diri.

Sebenarnya, dalam apa jua perkara sekalipun, Allah perlu diletakkan nombor satu dan semua perkara selainNya beredar di sekeliling. Dengan kata lain, Allah perlu diangkat sebagai "life centre". Apa jua perkara, perlakuan, perkataan semuanya kerana Allah serta berkehendakkan redhanya. Dari situlah lahirnya keimanan.

Dan ada pula hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud,

"Takkan berzina seseorang itu pabila dia berada dalam keadaan sempurna imannya, dan takkan mencuri seseorang itu pabila berada di dalam keadaan sempurna imannya..."
(maksud hadis)

Jadi, perlu diingat setiap perkara yang ikhlas yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah sebagai pahala asalkan cara dan pendekatan yang dipraktik adalah sesuatu yang tidak membatasi syari'e. Barulah amal kerja kita tidak sia-sia kepenatannya Insya-Allah. Walaupun sedang bekerja penat, sebenarnya rasa seperti berehat.

Akhir kalam, iman biar teguh dan cekal, barulah pendirian kukuh, perbuatan pun masuk akal. Ini renungan untuk kita bersama. Doakan penulis juga. Ameen...

Saudara, kami bersamamu !

Assalamualaikum. Al-Fatihah
Alhamdulillah. Syukur kpd As-Syakur. Di beri keizinan membuat makhluk blog ini yang kian menjadi-jadi keghairahannya di kalangan pemuda masa kini.

Sebenarnya. berat hati ini mahu menghasilkan blog ini apatah lagi mengedit² makhluk ini.
Mana tidaknya,

Saat penulis dan kita semua bersuka ria dan gembira sakan, berprogram sana sini. Berbisnes sana sini. berjalan-jalan sana-sini sambil bergelak ketawa.

Saudara penulis di sana, Terlantar kesakitan. Mereka semua sedang berjuang bermati-matian berhadapan dengan si durjana kafir laknatullah.
Penulis yakin, kalaulah mereka melihat penulis sekarang dan melihat kita semua di Malaysia ini,
pasti sekali mereka menunding jari ke arah kita, sambil berteriakan besar

" Apa kau buat di sana hah ??!"
"Apa pertolongan kau untuk kami ??!"
"Malulah Kalian!!"





Jadi duhai sahabat² ku, terus terang saya katakan,
program yang kita lalui ini menjadi sia-sia belaka.
Jika sedikit pun tak menambahkan iman kita.
Mahupun memberi manfaat pada mereka di luar sana.

Wallahu A'lam.
Assalamualaikum

R2J3...the NEW arena

salam to everyone...
i hope everyone of us here is thankful enough to Allah
for he has given us the opportunity to breath and enjoy
the wonderful world of mother nature,
blessed with unconditional love from our family
and friends...

ikhwah and akhawats that i treasure,

Please be reminded that the journey that we are taking is a whole lot
more than just having fun and minggling with others,
it's about appreciating the time we have and use it to the fullest.
Throughout this program...yes of course like a friend said,
remember those in the sacred land of Palestine..
and remember also that what we are doing is dedicated to them in
a special way..
remember also to focus on our goals.
To not be decieved by the outside and under world.
yes this is...R2J3,The NEW Arena for us,
to sharpen our swords,spears and mind
to make sure that we are well prepared to be the leaders of
a brighter tomorrow
to help our brothers and sisters of ISLAM
TAKBIR!

Dedicated to all the R2J3 clan,to all the muslims in the world,
ukhuwwahfillahabadanabada......
keindahan_ygmulia

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007