Saturday, January 31, 2009

Selamat Pulang Ikhwah-Akhawat R2J3

Friday, January 30, 2009 7:38 PM

Drp Mak Cik Nailah,

Assalamu'alaikum wrh.

Anak2 R2J3 akan kembali ke tanahair pada hari Rabu 4-Feb-09; dijangka tiba di LCCT Sepang pada jam 7.25 malam. Sudah menyediakan bas dari Johor ke sana untuk membawa mereka pulang.

Wslm

Thursday, January 22, 2009

Dari Jakarta

Monday, January 19, 2009 12:06 PM

Ustaz pengiring, Mohd Hairozi Mohamad

Assalamualaikum

Semoga dirahmati Allah

Anak-anak R2J3 telah selamat sampai ke Madrasah Iqra` jam 12.30 pagi (waktu Jakarta) hari Isnin 19 Januari. Rombongan kami disambut di bandara Hatta-Soekarno oleh Pak Wawan Susanto, Pak Casudi, Pak Kelly Bangun dan Pak Cik Hisham Jaafar. Beberapa akhawat juga menyambut anak-anak.

Setelah sampai di Iqra’, kami diberikan taklimat di dalam masjid Madrasah sehingga jam 1.30 pagi. Selesai taklimat logistik dan alu-aluan, rombongan disajikan nasi Uduk.
Anak-anak lelaki, Ikhwah menginap di rumah Dr Pak Nur Wahid dan Akhawat di rumah Akh Pak Sunu Samartono.

Jam 4.30 pagi dilaksanakan solat subuh berjemaah dan sekali lagi ucapan aluan dari jemaah masjid kepada kami dan ucapan balas dari ana. Acara pembukaan akan diadakan selepas Zohor dan dijangka Pak Dr Mardani Ali Sera akan menyampaikan taujih. Beliau dalam perjalanan pulang dari Halmahera. Anak-anak bersemangat dan pada pagi ini mereka melawat sekitar Iqra`


Wslm

Sunday, January 18, 2009

di suatu ketikanya....

sedang sang bayu memuput halus lembah bumi ini...

menari-nari bersama lenggokan pepohon...

menantikan satu ketika yang pasti akan tiba...

desiran pasir diluar telah mengoyak kalbu...

seolah-olah tanah di sana telah menjerit-jerit memanggilku...

terdengar jelas detikan jam yang setia di dinding rumah daif...

setiap detikan yang perlahan itu sangat bisa menghentak seluruh jiwa...

gegendang telinga masih lagi bergetar...

melewati getaran yang menyentuh dasar hati...

suara itu semakin kuat... seolah-olah memanggil sesisi dunia...

biarlah ku zahirkan suara yang luar biasa ini...

agar dapat dikongsi kemanisan hasratnya...

...................................................................................................................

Dunia ini masih seluas yang kau impikan

Tak perlu kau simpan luka itu

Sedalam yang kau rasa

Memang ada waktu

Agar kau bisa kembali semula

Percayalah padaku

Kita kan bisa melewatinya

Jangan bersedih oh kawanku

Aku masih ada di sini

Semua pasti kan berlalu

Aku kan selalu bersamamu

Jalan hidup tak selamanya indah

Ada suka ada duka

Jalani semua yang kau rasakan

kita pasti bisa
..............................................................................................................................

tiba-tiba ingatanku kembali...

mengimbas kata-kata sahabat seperjuangan...

dengan penuh keyakinan dan optimis...

mengungkapkan satu frasa yang akan menggegar dunia...

iaitu " ukhuwwah abadan abada "...

hatiku berbisik pada bumi ALLAH ...

wahai bumi...

saksikanlah perjanjian ini...

akan aku buktikan...

ukhuwah yang terbina ini...

yang berpaksikan aqidah yang sahih

yang bertiangkan tarbiah...

yang berlantaikan kasih sayang ...

akan tetap teguh dan semakin kukuh...

kukuh di atasmu...

ingatlah wahai bumi...

wassalam...

-pembicara hati-
10.17 pg
daiful bait

Saturday, January 17, 2009

We Are The Future

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

"Langit menggelap, sang bulan mula menampakkan diri di persada langit berbintang..tanda hari menuju penghujungnya..menanti...munculnya hari esok.."

"Ada apa dengan esok?" adik bertanya kepadaku.

"Adik, kita sebagai manusia punyai 2 tujuan diciptakan, adik kan pernah baca ayat 56 dr suroh az-Dzariyaat yang menjelaskan tugas kita di atas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah," aku menjelaskan.

"Apa lagi satu?" adikku bertanya lagi.

"Dalam surah al-Baqaroh ayat 30 pula, Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Bukan hanya di Malaysia. Tugas khalifah perlu dilaksanakan di seluruh muka bumi yang wujudnya kalimah La Ilaha Illallah," tambahku..

Khalifah...susah ke nak jadi...apatah lagi memahami..

Pernah Murobbiku menjelaskan, sebelum kedatangan Rasul, manusia ketika itu berada dalam kegelapan dan kejahiliyahan. Tetapi selepas Rasulullah diutuskan, mereka menjadi sebaik-baik umat (khalifah).

"Antum nak tahu bagaimana Rasulullah dapt mengubah keadaan ketika itu?" Sang Murobbi
bertanya.

"Memangla nak tahu..!!" serentak kami menjawab.

"Itulah peranan Tarbiyah," jelas Sang Murobbi.

Sejak hari itu, aku mengetahui ada perkataan 'Tarbiyah'. Aku fahami tarbiyah itu bukanlah satu pengertian secara lughawi (bahasa) tetapi satu kata kerja bukan kata nama.

'Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula memerlukan Tarbiyah'.

Teringat kata-kata murobbi.

Aku memikirkan....'tugas kita di muka bumi ini sebagai hamba dan khalifah..Kalau
begitu, nak menjadi kedua-duanya perlulah kepada Tarbiyah...

Kini aku bersyukur, aku berada di dalam lingkungan Tarbiyah Islamiyyah, sama ada aku
hanya terkena biasnya ataupun masuk ke dalamnya. Aku berharap akau berada dalam
landasan yang tepat.

Jika seorang penyelam ingin mencari mutiara tercantik di dasar laut, pasti dia
memerlukan peta untuk mencapai tujuannya. Begitulah kehidupanku, aku ingin mencari
mutiara tersebut (notabene :mencapai tujuan penciptaan) dan aku memerlukan peta...
Peta tersebut memang sudah tersedia iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Tapi...macam mana nak faham peta ini??

Aku bersyukur kerana hadir individu-individu yang sanggup mengorbankan jiwa raganya untuk memahamkan aku dengan peta tersebut...bukan sekejap untuk aku faham dan kini
belum pasti aku dapat menyelami seterusnya memahami peta tersebut..dan mereka tidak
pernah berhenti berusaha memahamkan aku...


"Ya Allah, masa tidak pernah menunggu kami.Esok merupakan hari keberangkatan kami ke
Jawa. Kau jadikanlah kembara ini kembara tarbawi yang bisa mengantarkan kami menjadi
manusia yang lebih dekat padaMu. Jadikanlah diri kami melihat negara jiran kami
sebagai negara kami. Jadikanlah degupan jantung kami semasa berada di sana sebagai
degupan jantung yang akan menggalas misi besar apabila pulang nanti. Jadikanlah diri
kami melihat umat di sana dengan mata hati yang bening. Ya Allah, keberangkatan kami
adalah mencari RidhoMu semata. Kepenatan kami baru sedikit berbanding teman-teman kami
di Gaza bumi Ribath. Ya Allah, jadikanlah kembara kami bukan kembara jasad, tetapi
kembara jiwa..kerana kami adalah masa depan.."

"Kau kasihanilah mereka yang membantu aku mengenalMu ya Allah.."

Sang Murobbi berkata dengan penuh harapan dan kasih, "Antum harus penjadi penerus Abi
dan Ummi antum.."

Doakan kami, generasi masa depan yang akan meneruskan perjuangan antum..ameen.

"Kembara Ini Baru Hendak Bermula"

...

bismiLlahirRahmanirRahiim......

hmmm....hari nie dah 17 jan...esok?? 18 jan.....
rasa MACAM gembira....
rasa MACAM x sabar....
rasa MACAM takut....
rasa MACAM serba salah....
rasa MACAM sedih.....

tp yg PASTI...semua perasaan tu ada sbb dan musababnya....

minggu lepas..duit kutipan baru RM7k lebih...
target nak RM 15k...

kalaulaa org lain dgr target yg agak tinggi nie...
dgn kekurangan kaki dan tangan...
dgn masa yg agak suntuk...
dgn gandingan tenaga knk2 yg baru belajar....
.....hanya mampu mmbuat mereka tersenyum simpati
dan x kurang tersenyum sinis...
Alhamdulillah...
thummalhamdulillah......
thummalhamdulillah....
minggu ni hampir mencecah RM13k ++...!!!

jualan....servis....recycle...sponsor....
semuanya menyumbang....

penghulu...penghuluwati....bendahari...setiausaha...sampailah kpd ahli...
semuanya terlibat...

pahit....manis...suka dan duka...
semuanya pon dah rasa....

bergembira..bergaduh....nasihat...marah...menangis...
pon semua dah buat....

apa lagi yg belum???

ana dah penat sgt....
aku udah capek skali...
i'm really tired...
ana tu'baan jiddan!!!

mentally...physically...spiritually...emotionly....semua!!!


today is the end... (w/pun koje Dr sarimah x siap lagi...waduuuhh!)
but i know... the final end is not here...
tomorrow is a new begining for the new task!!!

Jawa!!! Here we come...
Gaza!!! We have something for you...
Malaysia!!! we will never forget you....
World!!! We will change you!!!

please don't give up....!!!
~Amatullah
~Nawal
~Hussen
~Muna
~Oyah
~Hajar
~Nina
~Uzma
~Zainab
~Nadhirah
~Aimi
~Areep
~G-dah...(ader yg tertinggal ker???)
~Ikhwah pon...

ana sedar...
beginilah dakwah...
jalannya tidak indah....
laluannya sukar...
rintangannya pelbagai...
ujiannya....MasyAllah....
penatnya tak terkata...

Fa sobrun jamiil.....kata Allah....
mmg benar....

dan....
...siapa yg tahu...
dihujungnya...syurga...
yg diperoleh...pahala...
yg menunggu...bidadari...
yg meredhai dan mengiringi...ALLAH!!!

ikwah dan akhawat...
tatkala musibah datang melanda....
ujian bertimpa duka...
Janganlah dikau bersedih hati...
Luaskanlah tadahan simpati...
perkuatkan tapak yg tabah...
luahkan segala dibalik hati...
kerana pasti ada yg mengerti...
dan itulah sebenarnya yg dinanti...
"Cinta bertasbih..dahagakan kasih..."

akhir kalam...
minta maaf sgt2...
kalau ada yg terasa dan terguris...


wasallam

Terima Kasih Murabbi ku..

Wah,
Berhari-hari bahkan berminggu-minggu berlalu, terasa seakan-akan sesaat sahaja.
Masakan tidak, Siang malam berhumpas pulas mengembara ke sana-sini menggapai misi suci ini.
Jangankan katil mahupun bantal empuk nan wangi semerbak kasturi, kamar sendiri pun susah disinggahi. Apatah lagi, makanan enak masakan mama tercinta...
Cukup Kereta kecil berkerusi keras buat kami bermalam untuk menjaga hak jasad ini yang memerlukan haknya juga.

Sungguh, inilah saat-saat manis buat kami dalam fasa mencapai ukhuwwah sejati ini dan dalam usaha menggapai misi agung ini.



+++++++++++++++++++++++++


Saudara,
Sedar tidak sedar, makhluk yang kami tempuhi ini, yang telah disusun rapi oleh sang murabbi sejati yang berhari-hari mengorbankan masa dan segala kemewahan duniawi ini, telah pun hampir ke kemuncaknya.

Saudara,
Hati ini sebenarnya kian terharu tambah pilu melihatkan pengorbanan manusia-manusia bergelar murabbi ini yang berhari-hari mengorbankan kepentingan peribadi untuk berjuang bersama-sama pemuda pemudi yang masih baru berjinak-jinak dalam kancah ini. Bukan kancah maksiat mahupun sia-sia.
Tetapi kancah dakwah dan tarbiyyah.
Terima kasih kepada semua ya. Abah, mama,Pakcik, Makcik. Prof, Doktor, Ir,Ar, dan bermacam-macam lagi. Apalah dunia ini nak dibandingkan dengan Syurga Firdaus itu...


Saudara,
tinggal beberapa saat sahaja lagi, kami akan terbang mengembara nun jauh di perantauan sana.
Menyelami lautan ilmu yang terkandung seribu macam keistimewaan tersirat.

Sama-samalah kita bersedia !

Assalamualaikum

Ikhlaskan hati

salam semua...

IA ana harap sebelum keberangkatan kita ke Jawa,
semua sekali dapat mengikhlaskan hati dan menyedari apa sebenarnya
niat kita ke Jawa.
Di samping itu, jangan pula kita lupa kepada saudara seislam kita yang
sedang bertarung nyawa di Gaza.

akhir sekali, ingin ana memperingatkan,
sila abadikan kenangan antum di dalam jurnal masing-masing
untuk urusan penerbitan nanti.

~sama-samalah kita berlaku adil di dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai anak,sahabat dan daie .

wallahualam


Thursday, January 15, 2009

Selamat Pergi Selamat Kembali

Aslm

Ikhwah dan akhawat R2J3,

Sedikit pengenalan ringkas. Nama PC ialah Mazlan Jama'an; berusia 48 thn; seorang isteri dan 4 orang cahayamata; bertugas sebagai Peg Perubatan Unit Kemalangan & Kecemasan Hosp Pakar Johor.
2. PC pernah menjadi pengiring R2J pada awal tahun 2007 dan pernah membeli-belah di Malioboro Street, Jogjakarta.
3. Ingatan utk semua: Ingat pesanan papa-mama antum dan banyakkan doa semasa di perantauan nanti. Jaga kesihatan masing2.

Wslm
drmJ

Wednesday, January 14, 2009

Pesanan Pc./Dr. Mazlan Jama'an

Pesanan satu..

Aslm

Sedikit coretan 2007

Institusi Anak-Anak Yatim, Miskin [Dhuafa'] dan Cacat Penglihatan

Remaja kita begitu prihatin dan sensitif terhadap kebajikan mereka yang kurang bernasib baik di perantauan. Apabila mereka disusun untuk berinteraksi dengan anak atau pemuda-pemudi di Rumah Anak Yatim, Darul Aytam Nurul Ihsan, Bekasi, Jakarta, Darul Aytam Nurani Insani, Semaki, Yogjakarta, Rumah Yayasan Anak Cacat Penglihatan {Yaketunis], Yogjakarta serta Sekolah Darurat/Sementara Madrasah Aliyah Ummatan Wasathon, Imogiri, Kabupaten Bantul, Jogjakarta, anak remaja dari Malaysia dapat bercampurgaul dengan baik, memberi kata-kata motivasi yang memberangsangkan malah memberi derma berupa wang jutaan rupiah yang dikumpul dari poket masing-masing kepada yang memerlukannya. Alhamdulillah.


Pengajaran: Kerja-kerja kebajikan seperti membantu kehidupan anak yatim dan miskin adalah dikira ibadah kepada Allah SWT; danjurkan oleh agama kita.

+++++++++++++++++++++++++

Pesanan Dua...

Aslm

Coretan 7-Feb-2007

The Old Man and The Volcano

Mount Merapi was active and alive. Burst of steam and lava purged from inside the volcano. Mount Merapi was located in the northern region of Propinsi Jogjakarta. People from all over Java Island came and visited her. Some of them make recreational tracks on her especially the university students- no fear at all. Mbah Marijan and Ibu Asih Mursani, lived together at the mountain range in the view of the active volcano. He was 70 years old and fearless towards the volcano. In his worldly view, he described the volcano's active explosive events as 'dzikir' to Allah Azza Wajalla. His job was to look after the local mosque, Masjid Al-Amin, Kinahrejo, on the mountain side. He was strong and healthy that he could challenge the younger generation to go up with him to the top end of the active volcano. Subhanallah.


Pengajaran: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih


Wslm

drmJ

Sehari di Pulai Utama (sebelah taman 'Didik' the goat)

Assalamualaikum,




Alhamdulillah, pada hari ini (14 Jan 2009) tiga orang ikhwah telah membuat bakti sosial di Taman Pulai Utama. Zahid, Irsyad dan Munir. Kami telah berkumpul di rumah akh Zahid pada jam 9.45 pg. Tugas pada hari ini : Mengedar Pamplet Program Penerangan Tragedi Gaza ke setiap rumah muslim di taman Pulai Utama [inilah peluang da'wah untuk masuk ke dalam setiap rumah].
Setelah berkumpul, pamplet diedarkan sesama kami dan tepat jam 10 pg kami bergerak mengetuk pintu-mengedar pamplet. Sasaran pertama kami, Fasa 1(kwsn rumah mc nailah) . Setelah selesai (lebih kurang setengah jam slps itu) kami bergerak ke fasa lain (kwsn rumah ustzh Norimah). Sebelum bergerak kami terpaksa mem'fotostat' pamplet lagi. Jadi kami tambah 200 salinan lagi.

Alhamdulillah, setiap tugas di setiap fasa diselesaikan dalam masa 30 minit. Pelbagai kejutan yang diterima antaranya, kemunculan anjing secara 'ujuk-ujuk' (tiba-tiba). Tak dapat bayang kalau kena edar di Tmn Universiti, mesti capek dong..

Kerja kami selesai pada pukul 12.10 tghr dan kami dijemput oleh Pakcik Aizaini...sebelum pulang kami makan tengah hari di Restoran Noor (sempat lagi pesan pada makcik kedai untuk tolong edarkan pamplet kepada pelanggan).

Begitulah da'wah, memang harus penat lelah. Dan sekiranya keletihan fizikal itu tidak didorang oleh spiritual, memang akan penat sesungguhnya. Namun sekiranya diikuti dengan kekuatan ruhani, kepenatan itu tiada ertinya..


Apa sebenarnya isi kandungan pamplet tesebut??

Penerangan Tragedi GAZA..
Tarikh : 14/1/09
Tempat : Surau at-Taqwa, Taman Pulai Utama
Masa : Selepas Maghrib
Penceramah : Prof Madya Omar Yaakob dan Ustz Zaini Salleh
Anjuran : Gabungan NGO Muslim

JOM, ramai-ramai meriahkan ROADSHOW INI..SOKONGAN ANTUM DITUNTUT..

Monday, January 12, 2009

Together,Impossible is NOTHING

Salam to all the ikhwah and akhawats that i treasure.

i am really sure that most of us are really tired and had undergone the topsy and turvy of the R2J3 Production and trying our best to cooperate and tolerate with each other.

Maybe most of us just realised that we are now nearly at the peak of our journey to Java.We are scheduled to leave this Sunday on Jan the 18th.

I hope that we will maximise the time that we have left to achieve the RM 15 k ,but remember that it is just a mechanism for us to spread our message and also to help our brothers and sisters of islam not just in indonesia but all across the globe Insya-Allah.
A friend also said, eventhough there were times that we felt that we could not take it anymore and felt that it was time to raise the white flag,
we still have each other, meaning that the ukhuwwah among us will strengthen ourselves and make us feel that we are not alone in the route of dakwah

HONESTLY, i feel the same way to.
Since i have spent many interesting encounters with the R2J3 clan,
i felt a strange feeling that it is more than just friendship,
a feeling that i know is built based on iman and taqwa,
and for Allah only.

So guys.....No more making silly assumptions and fooling around!
it's still not too late to make the best of what we have.
THANK YOU to all for giving me this chance of feeling proud and lucky
to have experienced this remarkable journey.

Lastly,
Ukhuwwahfillah wa bittaufiq wannajah fi dakwah.


Sunday, January 11, 2009

pengumuman PENTING

In the name of Allah the most Gracious,the Most merciful

kesinambungan daripada daurah ini akan diadakan MABIT @ KATIBAH

Butir-butir selanjutnya adalah seperti berikut:
Masa: 13 Januari 2009
Tempat: Masjid Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid, Taman Universiti


Semua ikhwah akhawat hidayah,utm,x-gen dan r2j3 dijemput hadir.
bayaran ditanggung halal,rugi jika tidak hadir.
petang selasa selepas asar akan diadakan futsal percuma kepada peserta katibah@mabit.
jika berminat hadirkan diri untuk solat maghrib berjemaah di masjid tmn u.

BERSAMA KITA MENGINGATI TUHAN YANG ESA

Friday, January 9, 2009

Salam...

Assalamualaikum..
Dana..dana..
Jawa ..Jawa..
Untuk apa? untuk kita, untuk mereka..

Mari lihat bagaimana mereka di sana, tempat yang bakal saudara kembara.


Thursday, January 8, 2009

Sekiranya Berkesempatan...

Wednesday, January 7, 2009

JOM KE DAUROH..

"Subhanallah...Indahnya Tarbiyah"

Assalamualaikum,

InsyaAllah, pada 11 -12 januari 2009, akan diadakan satu dauroh untuk peserta R2J3.

Butiran:

Tema : "Subhanallah...Indahnya Tarbiyah"
Tarikh : 11-12 Januari 2009 (Ahad dan Isnin)
Masa : 5.30 ptg(Ahad) - 5.00 ptg (Isnin)
Tempat : Pejabat JIM dan Surau an-Nur

Tajuk2 yg akan dibincangkan:
1-Kepentingan Tarbiyah
2-Tujuan Tarbiyah

Semua peserta R2J3 mesti datang program ni sebab, insyaAllah ikhwah dari Indonesia akan bersama kita. Kita akan belajar bahasa, budaya dan adat resam yg diamalkan di bumi Jawa. Jd x kekoklah bila kita ke sana..

Untuk sebarang persoalan, antum boleh hubungi Abdullah Munir/Hilman Fazli untuk ikhwah. Akhawat, sila hubungi Fatin Solehah/Nurul Akmal..

JOM tarbiyah....

PENGUMUMAN

Assalamualaikum,

Dari Unit Penerbitan kepada peserta R2J3

InsyaAllah buku yg akan diterbitkan hanya satu. Secara kasarnya buku tersebut ada 5 bahagian,

bhgn 1- lain2/bebas
bhgn 2- aktiviti indoor
bhgn 3-Outdoor
bhgn 4-Kembara di Jawa
bhgn 5-mck2/fasi2

bolehla pecahkn karya antum kepada kategori2 tersebut.
Semoga penulisan antum termasuk dlm usaha2 meraih ridho Allah.

karya boleh dihantar kepada mc sumilah marto.

JGN LUPA TULIS!!

sekian

Tuesday, January 6, 2009

O Brothers and Sisters,

Assalamualaikum..
sedikit pengumuman ..

Kepada sesiapa yang ingin menjadi Author / penulis blog Road2jawa3 ini,
Sila menghantar email sambil memperkenalkan diri ke alamat

road2jawa3@gmail.com

Monday, January 5, 2009

Buat Pengislahan Diri..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Semoga kiriman ini menemui sahabat-sahabat dan mak cik dalam keadaan sihat wal afiat. Dalam kesenggangan masa yang singkat ini, alhamdulillah terdetik hati untuk menulis secebis "tazkiyyatun nafs" buat para peserta R2J3 yang sedang tercari-cari nilai Islam yang murni dalam erti sebuah perjuangan. Ayuh sama-sama kita koreksi diri dalam menjalani kehidupan hari ini.

Ana ingin kongsikan bersama sebuah kisah:

Seorang pemuda sedang berjalan-jalan (Road2jalan2) sendirian. Tiba di sebuah kawasan, langkah si pemuda terhenti apabila melihat seorang pak cik yang sedang mengorek pasir. Pemuda tadi terus bertanya kepada pak cik tadi; "Pak cik, ngapa pak cik korek pasir ni?" Pak cik itu pun berkata; " Pak cik korek tanah ni sebab ini memang kerja pak cik". Pemuda tadi pun berlalu.

Si pemuda meneruskan perjalanan. Dia berhenti dan bertanya kepada seorang pak cik yang sedang ditemui; "Pak cik bancuh simen ni, kenapa?" Pak cik tu pun menjawab dengan nada yang sinis; "Anak, pak cik bancuh simen ni sebab nak buat simenla..." Pemuda tadi pun terus berjalan. Sekali lagi pemuda itu berhenti dan bertanya kepada seorang pak cik yang sedang membakar bata; "Pak cik, boleh saya tanya, pak cik bakar bata ini untuk apa?" Pak cik tadi pun menjawab; "Saya ni memang kerja bakar bata, nak bagi makan anak-anak dan bini kat rumah". Si pemuda tadi terus berlalu dengan penuh tanda tanya.

Pemuda tadi berfikir dan berkata kepada dirinya, "Alangkah baiknya jika apabila disoal, pak cik2 tadi menjawab- pak cik korek pasir/ bancuh simen/ bakar batu bata kerana pak cik ingin membina sebuah menara yang sangat tinggi dan megah"

Sahabat2,
Faham tak apa yang ingin disampaikan oleh pemuda berkenaan? Sebenarnya kisah ini diceritakan oleh ayah ana sebelum ana bertolak ke johor untuk menyertai R2J3. Sudah lama ingin ana kongsikan bersama sahabat sekalian tetapi tidak berpeluang ketika berprogram.
Pokok pangkal yang ingin disampaikan ialah tentang perkara yang telah pun kita bincangkan pada KULTUM yang lepas. Adalah sangat penting untuk kita ketahui visi dan misi kita yang sebenar. Cuba kita bertanya pada diri kita, "kenapa saya sertai R2J3?" -Oo, untuk isi masa lapangla.., lepas SPM...! Adakah itu jawapan kita?

Sekarang, kita harus mengucapkan rasa syukur buat Allah yang telah mengurniakan kita ibu bapa yang telah menjadi seolah2 pak cik seperti yang difikirkan oleh pemuda dalam kisah tadi. Pak cik2 dan mak cik2 telah nampak bahawa apabila mereka menganjurkan program ini dan mendaftarkan kita untuk menyertainya, semuanya adalah kerana mereka ingin membina kembali daulah islamiyyah yang kukuh dan dipandang mulia oleh mata-mata dunia. Jadi, bagaimana pula dengan diri kita?

Ayuh sahabat2, kita tetapkan visi dan misi hidup kita iaitu ingin menyambung perjuangan para rasul dan juga ibu bapa kita. Oleh itu, program R2J3 ini merupakan salah satu wasilah untuk kita mencapai visi dan misi ini, Insya-Allah. Janganlah kita mengeluh dan berpaling arah dengan segala tarbiyyah yang kita perolehi selama ini kerana kita tahu dan faham apakah visi dan misi kita yang sebenar. Ingatlah, segala kesenangan dan kepayahan yang kita lalui dalam kehidupan merupakan nikmat dan ujian dari Allah bagi memantapkan lagi "hammasatul jihad" dalam diri hambaNya.

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa ummat
Persiap menghadapi cabaran
Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kemakrufan
Menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bagi sesiapa yang masih belum berterima kasih kepada ibu bapa, bolehlah berbuat demikian segera. Kita generasi pewaris dakwah mereka. Teruskan perjuangan.. Takbir, ALLAHU AKBAR!!!!

wassalam
kullu 'aamin wa antum bikhair

oleh: Muna Majidah Zameran

p/s- kalau nak buat badge kita perlukan besi, plastik, kertas dan paling penting mesin untuk menggabungkannya [ada kaitan dengan cerita sikit]


Sunday, January 4, 2009

A Day At IMAN..

JUMAAT, 2/1/09-Beberapa orang ikhwah dan akhawat telah pergi ke Tadika Iman Taman Sri Skudai sebagai wakil TMS (Teen Multi Services). Pelbagai kerja dilakukan seperti membasuh pinggan, menyapu, membersih kipas, mencuci alat permainan (yang besar..)dan membasuh longkang. Alhamdulillah, semua kerja siap dilakukan sebelum masuk waktu zohor (sebab ikhwah nak ke masjid untuk solat jumaat. Overall, semua kerja beres dan Tadika Iman TTS rasanya siap sedia untuk menerima pelajar hari Isnin ini (termasuk adik penulis) Mungkin kita lihat kerja ini hanya dgn membersih tadika tetapi penulis mengingatkan bahawa Tarbiyah itu bermula sejak kecil (istilah Indonesianya -sejak dini) Moga dengan usaha yg dilakukan di pusat pendidikan awal ini memberi sumbangan besar untuk pembentukan adik-adik kita seterusnya tumbuh besar menjadi muslim yg "bergerak"..ameen.

Lama juga nak basuh mainan ni..
setelah selesai...

Selepas solat Jumaat di Masjid UTM, penulis pun keluar dari masjid dan melihat beberapa pelajar UTM memegang sepanduk yang bertulis "Perhimpunan sempena menentang keganasan Zionis Di Kanan Masjid". Penulis pun pergilah ke kawasan tersebut untuk meninjau...Ramai yang ada di situ..dan beberapa org melaungkan kata-kata mengutuk serangan Israel ke atas Palestin (Gaza khususnya). Teringat juga penulis dalam kesibukan mencari dana..pernahkah diri ini melupai saudara-saudara seIman di bumi suci anbiya' tersebut. Pernahkah diri ini mendoakan mereka dalam solat??
"ISLAM..ISLAM AKAN KEMBALI..! HANCUR..HANCUR KAUM ZIONIS! BOIKOT..BOIOT BARANGAN ISRAEL!!" [terdengar seseorang berteriak sambil penulis beredar menuju ke kereta...]

ESOK-dapat kontrak mengedar barang ke rangkaian tadika Iman, dengar cerita sampai ke pontian...

Jihad kita..

Assalamualaikum semua..

alhamdulillah, kita dah melalui beberapa hari yang sukar+serabut+memenatkan+apa2 yang patut.Kerja byk. Jualan hampir2 tiap hari ada. TMS byk permintaan (alhamdulillah.ditambah pula dgn pengambil tmphn misteri.makin byk keja). Recycle dah byk yang dikumpul (tgh kutip lg).



Setakat ni mcm mana? ada yang dah demam2 x? tenaga masih byk?Mesti semua sihat2 lg kan. Kecuali beberapa orglah yang 'ter'demam sebab x cukup rehat. Semuanya insya Allah pemuda/i yang hebat. Kelebihan pemuda, energy lg byk dari org tua (baca dari kertas kajang yg tampal kat dinding time prog ust hasanuddin).



Masa yang semakin suntuk ni,kita perlu korbankan byk perkara. tv, internet, tidur, lepak, duduk2 dgn keluarga dan kalau bab duit pula, duit minyak (some of us) dan duit top up.Pernah juga dua hari dah habis dah credit. Kesian juga bila kadang2 ayah ana terpaksa keluarkan duit utk belikan top up bila ana x mampu beli sebab duit dah habis. Walaupun beribu2 duit dah dikeluarkan utk program ni, tapi beliau sanggup juga keluarkan. Allah sahaja yg dpt balas jasanya.



Bak kata Pakcik Masiri, parents kita sanggup serahkan segala2nya, utk kita menjadi pewaris bg perjuangan mereka. Diorang bukan saja2 nak suruh kita pergi R2J3 ni. Kalau ikutkan, duit 2K lebih ni boleh aje parents kita guna utk benda lain mcm baiki rumah ke, tanggung abg kahwin ke.Tapi semangat berkorban mereka tinggi.

So sekarang tiba masa kita utk buktikan kita mampu buat.
Berusaha sedaya mungkin. Never give up.




Dan harap semua walaupun sibuk, masih mengikuti perkembangan semasa.
lagi2 tentang Gaza. tentang Hamas. tentang intifadhah yang ketiga. Peperangan ini bukan antara yahudi vs Gaza sahaja, tapi peperangan yahudi vs gaza, penduduk falastin n muslim world. Jgn jadi katak bawah tempurung yang pakai earphone sambil dgr lagu, dah tak nampak apa terjadi di luar, malah x dgr apa pun yg terjadi.


Ingat,
Berjuang demi dakwah mmg memenatkan, kerana tiada jln mudah dlm dakwah.

Semua kuatkan semangat!
Ikhwah and akhawat R2J3 mampu lakukan.

wassalam
insan biasa,
NawalSaudahBintShamsudin.

p/s: jgn lupa jaga kesihatan.

Thursday, January 1, 2009

Cadangan LOGO R2J3


















Salam semua...
ini hanya cadangan ana sahaja..
harap dipertimbangkan IA.
kalau rasa nak ubah aper2
boleh sahaja.

Baju R2J3

Assalamualaikum...

cdgn utk baju..sbb ana rasa kita dh terlewat..so macam mana??

akhwat
ikhwah
belakang
logo

Ada cadangan nk wat topi sekali...

Penat....yup..i know

assalamualaikum dan salam ukhuwwah kepada ikhwah
dan akhawat yang ana kasihi sekalian,

pertamanya,ana tahu ramai antara kita memang rasa penat dan
tak sangka perjalanan dakwah kita agak sukar.
Tapi kita perlu menyedari ini adalah sunnah orang berjuang dan IA
ada balasan dan hikmah yang akan kita peroleh.
Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah untuk meneruskan
perjuangan ini.Seperti di Masjid Taman U,Alhamdulillah
walaupun agak sukar dan masak agak kelam-kabut,
tapi kita dapat mengatasinya bersama-sama.
Keyword kita sebenarnya adalah'bersama-sama'
bukan sendiri.Jadi ana harap selepas ini kita bersedia untuk
berkorban demi sahabat-sahabat kita dan cuba cari jalan
untuk komited di dalam amanah kita ini.
Last but not least,a friend used to say,
you will never walk alone..
and i hope that's true..
IA..selepas ini ana harap semua orang boleh lebih
organise dan buat jadual kerja untuk tugas masing-masing.
Wallahualam
~hamba Allah yang mencari mardhatillah-Nya

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007