Tuesday, December 8, 2009
Tuesday, November 10, 2009
Friday, August 28, 2009
Al-Hikmah
Buat teman-teman di Pondok Pesantren al-Hikmah...
Bumi yang memberi pelajaran serta pengertian hidup...
Batasan geografis tak bisa memisahkan hati kita...
Posted by Abdullah Munir at 11:46 AM 8 comments
Monday, August 10, 2009
Tuesday, June 30, 2009
AkuRinduZamanItu
Aku Rindu Pada Zaman itu
Ketika Halaqah adalah kebutuhan bukan hiburan apalagi sambilan
Aku Rindu Pada Zaman itu
Ketika membina menjadi kewajiban ,bukan pilihan apalagi beban yang memberatkan
Aku Rindu Pada Zaman itu
Ketika daurah menjadi kebiasaan,bukan sekadar pelengkap program yang dipaksakan
Aku Rindu Pada Zaman Itu
Ketika mengisi daurah di puncak,dengan kos yang tidak cukup dan peta yang tidak jelas
Aku Rindu Pada Zaman itu
Ketika thiqah menjadi kekuatan,bukan keraguan apalagi kecurigaan
Aku Rindu Pada Zaman
Ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su-udzon yang menjatuhkan
Aku Rindu Pada Zaman
ketika hadir liqa'adalah kerinduan,bukan agenda yang membosankan
Aku rindu pada zaman
ketika terlambat hadir kiqa'adalah kelalaian,bukan kebiasaan yang tiada kesan pada hati
aku rindu pada zaman
ketika hadir di liqa' selalu membawa al-quran dan sedikit hafalan,bukan cerita bola apalagi AF7
Aku rindu pada zaman
ketika tengah malam handset di sms dan di call untuk mendapat
berita dan berkumpul subuh harinya
Aku rindu pada zaman
ketika ikhwah dan akhawat berjumpa saling menundukkan pandangan dan berjauhan
aku rindu pada zaman
ketika seorang ikhwah mahu menikah cuma bilang
"bang ana siap bernikah"
tidak pilih-pilih apalagi ber'dating' jauh-jauh malam
aku rindu pada zaman
ketika para akhawat keluardari sekolahkerana jilbab-jilbab mereka
aku rindu pada zaman
ketika akhawat kabur dari rumah ketika akan walimah,kerana akan ikhtilat dihari pestanya
aku rindu pada zaman
ketika tarbiyyah adalah pengorbanan,bukan tuntutan apalagi hujatan
aku rindu pada zaman
ketika amar adalah ketaatan,bukanperbincangan apalagi pelecehan
aku rindu pada zaman
ketika para ikhwah sangat ketat menjaga pandangan
aku rindu pada zaman
ketika kampus benar-benar markas halaqah aktiviti,
bukan tempat maksiat apalagi bertikam lidah
aku rindu pada zaman
ketika nasyid ghuraba menjadi lagu tema dan lagu kebangsaan
AKU RINDU PADA ZAMAN,
AKU RINDUUUUU...........
YA ALLAH!
jangan kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati ini
YA ALLAH!
jangan kau hilangkan keasyikan berjemaah dalam hidup kami
(Buat Jiwa-Jiwa Futur)
Abu Syahid Abu Faris
Posted by irfanmn_91 at 4:02 PM 1 comments
Saturday, June 27, 2009
lets do something...
in the name of Allah...
alhamdulillah. syukur padaNya sang Maha Pencipta.
terasa diri ini terlalu kerdil dan hina.
muqaddimah ini sengaja dicipta agar kita sedar bahawa tiada yang mudah untuk dilaksanakan. kudrat yang tertanggung pada diri kita hanyalah sezarah berbanding kuasa mencipta seluruh alam ini.
ikhwah akhawat r2j3..
masih segar diingatan ini,kisah kita memerah keringat mencipta satu misi. misi yang tak pernah terlintas sebelum ini. input yang kita peroleh juga terlalu banyak untuk dikongsi sehinggakan tidak terlaksana karangan indah bertajuk 'kami'...
mungkin kerana semuanya sudah menanggung pelbagai jalan cerita yang berlainan...
sejarah 3 bulan lenyap tanpa berita. termenung seketika tadi memberi muhasabah buat diri ini bahawa inilah road to jawa 3 yang sebenarnya...
bagi diri ini,jawa hanyalah satu platform untuk kita lebih mengenal erti sebuah perjalanan...
muhasabah kita bersama...ingat lagi program impact? inilah antara cerita behind the scene...
the impact...
"selamat berjuang sahabatku...semoga Allah berkatimu..."
-semoga kita tetap istiqamah-
Posted by little daie at 8:38 AM 1 comments
Wednesday, June 17, 2009
Monday, May 11, 2009
TAHNIAH TEAM R2J3 !
Allahu Akbar, Alhamdulillah..'R2J3 telahpun melabuhkan tirainya secara rasmi pada 10 Mei 2009. Semoga program ini memberi kesan yang baik kepada peserta dalam membina jati diri..untuk ummah..untuk Islam.
Posted by Abdullah Munir at 2:01 AM 3 comments
Tuesday, May 5, 2009
Sunday, May 3, 2009
Tentatif High Impact '09 (R2J3)
TENTATIF PROGRAM
8.00-8.30 : Ketibaan
8.30-9.15 : Perasmian
-Bacaan al-Quran
-Ucapan penaung
-Ucapan perasmian
9.15-9.30 : Montaj
9.30-10.00 : Persembahan Mirwana 1
1 10.00-11.00 : Ceramah
11.30-12.30 : Forum
21.00-1.15 : Penutup
Posted by irfans at 5:38 PM 1 comments
Monday, April 20, 2009
HIGH IMPACT (Bertukar Wajah!!)
HIGH IMPACT bAkal mEnjelmA
Ayuh Kita Nantikan bersama!!
TARIKH : 9 MEI 2009
MASA : 8.00am- 2.00pm
TEMPAT : PUSAT ISLAM, JB
PENCERAMAH :
1.Ustaz Rifqi Myiddin
2.Ustazah Fazidah binti Mohd Yuso
3.Ustaz Abdul Rahim Sahalan
ARTIS JEMPUTAN : MIRWANA
ANJURAN :
- ROAD2JAWA3 (R2J3)
- PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah(SMIH)
- ALUMNI SMIH (PALS)
Tiada Bayaran Dikenakan !!!
Marilah kita bersama-sama menjayakan program ini......
Bagaimana?? Ingin tahu apa yg menarik??
mari kita penuhkan dewan dan ajak orang lain turut bersama
Posted by irfans at 11:39 PM 4 comments
Wednesday, April 15, 2009
ERAT...(maaf cilok dr blog org...)
wahai lepasan SPM 2008.juga lepasan STAM,STPM@SPM 2007. usah jadi pungguk yang merindukan bulan,usah jadi bakal mahasiswa yang merindukan Eksplorasi Menara Ilmu.(EMI.) kerana EMI kini kembali,dengan wajah baru.mempersembahkan. Ekspresi Remaja Ambang IPT 2009.(ERAT 2009). tarikh:24 april-26 april 2009.(jumaat-ahad.) lokasi:universiti islam antarabangsa malaysia+rebutia d'perkasa camp. anjuran:kelab rakan siswa islah malaysia(karisma.)+pertubuhan jamaah islah malaysia.(JIM.) yuran:RM 30 sahaja. bagaimana?teruja?jika anda tertarik,daftarlah sekarang. untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: |bro.danny||+6012.930.7522||dhanysarip@gmail.com| http://eksplorasimenarailmu.blogspot.com/
Posted by muna 'adilah at 11:47 PM 1 comments
Saturday, March 28, 2009
SIJIL R2J3
assalamualaikum, gimana khabar iman antum? janji antum sihat?
ana pasti semua mahu SIJIL R2J3 untuk kemudahan memasuki alam seterusnya...
pc.kahar minta kita designkn sijil r2j3...so sama2 kita selesaikan sijil dan high impact.....
TLG SGT2....SBLM HARI ISNIN (30/3/09)...
Posted by irfans at 9:03 AM 1 comments
Wednesday, March 18, 2009
Dan Perjuangan pun Dimulai...
Posted by Reza Armanda Imanullah Nurul Akbar at 11:35 PM 3 comments
Tuesday, March 10, 2009
Muslim kah aku?
Assalamu'alaikum,
Satu petikan dari deraf manuskrip Tak Kenal Maka Ta'aruf. Semoga ada manfaatnya.
Kembara Tak Kenal Maka Ta’aruf singgah di benua Amerika Utara di sebuah pekan kecil di Iowa. Sekitar 1981 beberapa bulan setelah aku berada di bumi Amerika, aku dapati diriku di situasi yang ironis sekali. “I’m trying to be a Muslim” satu suara lantang menusuk telingaku. Aku yang duduk tak jauh dari situ terkeliru. Tak faham, aku tak faham. Betul ke apa yang aku dengar ni? Seorang lelaki lewat 20an berketurunan Arab, kerap terlihat di musolla kampus bersama-sama rakan Muslim yang lain berkata sedemikian? Malah sewaktu ayat itu diucapkan dia berada di musolla menanti waktu menunaikan solat. Ketika itu aku masih belasan tahun, masih mentah dengan kehidupan di negera asing ini, apatah lagi dengan hal-hal agama. Astaghfirullah . . . itu saja yang terlintas di fikiranku. Tamat cerita.
Bertahun-tahun kemudian setelah pulang ke tanah air, aku teringat kembali kisah si Arab yang masih mencuba untuk menjadi Muslim itu. Aku kini lebih dewasa, punya isteri dan anak dan telah menjadi pendidik. Aku selami semula kata-katanya. Ahh . . . kesal . . . kesal. Kesal kerana tidak mengenali si Arab dengan lebih dekat. Kesal kerana namanya pun aku tak tahu. Kesal kerana aku tidak pun cuba berta’aruf dengannya. Jikalah aku ketika itu berani berinteraksi dengannya pasti akan ku dapati butir-butir mutiara daripadanya buat bekalan kembara ku ini.
Aku mulai faham maksud tersirat kata-katanya itu. Kerana aku juga ketika itu sedang mencuba menjadi seorang suami dan seorang ayah, dan di waktu yang sama seorang pendidik, walaupun hakikatnya aku memang telah beristeri dan punya anak dan telah bergelar pensyarah. Aku juga sebenarnya “trying to be a Muslim”. Anda bagaimana?
Abi
Posted by PC AHAR at 3:15 PM 1 comments
Monday, March 9, 2009
Allah SWT kembali menampakkan kekuasan-Nya (ayaturrahman) melalui sebuah karamah kejadian ajaib. Perkara di luar nalar manusia. Setiap muslim hendaknya mencermati, mengambil pelajaran. Sebagai bekal menguatkan langkah dalam menjalani kehidupan. Perang di Gaza juga demikian. Banyak ayat-ayat Allah terbukti. Karamah Allah turun untuk meolong orang yang membela agamanya. Itu yang dialami oleh mujahidin Palestina, para syuhada Gaza. berikut data-datanya:
Kita awali dari Dr. Muawiyah Hassanein, Direktur Ambulan Darurat dan Departemen Kesehatan di Gaza menceritakan: "Syuhada yang meninggal berhari-hari, bahkan berminggu-minggu masih meneteskan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut…"Subhanallah…. Syahid 'Iyan berkata: "Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun kondisi tubuhnya hancur, darahnya masih segar."
Beberapa dokter Yordan yang menjadi relawan di Gaza memberi kesaksian:
Syaikh Abu Bilal di perkemahan Rafah menuturkan:"Kamu jangan mengira bahwa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui." Al Baqarah:154. Mereka para syuhada diposisikan setelah derajat orang-orang yang benar imannya dan sebelum orang-orang shaleh di dalam Al Qur'an. Allah swt. berfirman: "Barangsiapa menta'ati Allah, dan Rasul, mereka bersama orang-orang yang Allah beri nikmat kepada mereka, di antara mereka para nabi-nabi, shiddiqin, syuhada, dan shalihin. Merekalah sebaik-baik teman." An Nisa':69-70.
Posted by Rusyda Taqiyya at 12:44 PM 1 comments
Monday, February 23, 2009
untuk sahabat tersayang...
telingaku
semakin lama semakin bingit
pabila disentak angin malam
jiwaku
semakin lama semakin sunyi
pabila direntap cahaya purnama
................................................
alam menjadi sunyi
sepertiku
perlukan aku menzahirkannya?
baru sahaja hati ini berbisik
kenapa langit turut menangis...
kenapa awan turut bermuram...
kenapa pepohon turut meratap...
.................................................
tak siapa yang mengerti hati ini
bila pengakhiran menikam permulaan
perpisahan.....
itulah pengakhirannya....
khas untuk akhuna ahmad khairuddin
terimalah dari dasar hati kami...
untuk sahabat tersayang...
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya
Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan
Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya
Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
Slamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan
Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita...
Posted by r2j3 at 10:36 PM 2 comments
puteriku sayang...
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Posted by r2j3 at 10:19 PM 2 comments
Satu Harapan
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh semua
Moga salam yang diucap dan salam yang disambut menjadi satu ibadat bagi kita dan bukannya adat (ini pesanan Abbas Asisi dalam salah satu bukunya). Semoga keletihan menganjurkan program Gaza semalam telah reda dan bersedia pula untuk program seterusnya, inshaAllah.
Ini posting pertama PC di blog ini. Dah lama ingin mencuba, tapi tak berupaya hinggalah petang tadi ada rezeki, dapat ilham sikit (bukan Mas Ilham ya:)). Moga perkongsian ini ada baiknya.
Harap
(Buat Teman-Teman R2J3 Jogja – Jakarta – Skudai)
Aku sering lupa
perpisahan pasti berlaku di akhir setiap pertemuan (dengan izinNya).
Lalu aku bertanya
mengapa perlu ada pertemuan jika di hujungnya perpisahan?
jika hanya untuk mengusik emosi, menduga perasaan, memendam rasa
jika hanya untuk mengundang duka dan rindu.
Lantas aku cepat ingat
bukankah kehidupan aturan Sang Pencipta?
Yang kita mahu tak semestinya baik
Yang telah diaturNya tak semestinya nampak baik di mata.
Lalu aku sering berharap
nanti aku kan tahu juga
di sebalik pertemuan dan perpisahan ini.
Makanya jadilah rindu-rinduan, kangen-kangenan
penguat kasih ukhuwwah yang bening
katalis pada perjuangan yang satu
untuk terus hidupkan hari dan malamku
moga di hujung sana kan terlihat jua
tuaian perpisahan ini.
Dan kini aku sering pula berharap
akan ada lagi pertemuan
yang menjanjikan perpisahan
untuk ku singkap rahsia uhibbuka fillah
agar aku lebih mengerti keagunganMu Tuhan.
Posted by PC AHAR at 12:22 AM 0 comments
Friday, February 20, 2009
Do You Still Remember This?
Karena impian itu sangat berharga.......
NO | Nama | Visi |
1 | Mohammad Anas bin Noor Azlan | Doctor dan pengarah film animasi |
2 | Muna Majidah binti Zameran | Pakar Pemakanan / Ahli Gizi |
3 | Maryam Atikah Abdull Rahim | Pakar Ekonomi |
4 | Mardhiah binti Kursus | Businesswoman |
5 | Sakeenah bt Salleh | Guru matematika/Interior designer |
6 | Nadiah Husna bt Zainuddin | Nutritionist |
7 | Nadhirah binti Mohd Khairudin | Dentist & Businesswoman |
8 | Muna ‘Adilah Abdul Halim | Pengusaha cafe & pakar motivasi |
9 | Hajar Fatimah bt Norizan | Pakar Psikologi |
10 | ‘Uzma bt Mohamad tahir | Doktor Gigi Profesional |
11 | Zainab binti Salim | Chef / Jurutera |
12 | Zati ‘Arifah bt Afandi | Akuntan (Islamic Banking) |
13 | Ahmad Irsyad niin Ahmad Zaidan | CEO syarikat permobilan international |
14 | Abdullah Munir bn Mohd Aizaini | Penganalisa Ekonomi Dunia |
15 | Ahmad Khairuddin | CEO Consultant Intenational |
16 | Anas ‘Abidin bin Sazali | Islamic Akauntan |
17 | Khairul ‘Abid bin Shamsul | Astronaut |
18 | Muadz b Ahmad Shazali | International Lawyer |
19 | Muhammad Irfan bin Md Nor | Pakar bidang Isllamic banking CEO Syarikat Import & Eksport |
20 | Muhammad Irfan bin Shahrin | Pakar psikiatrik/forensik Pakar IT yg mencipta software |
21 | Nawal Saudah binti Shamsudin | International film maker Multimedia IT |
22 | Aimi Nadiyah binti Azlan | Akauntan |
23 | Zubayr Afiq b Zakaria | Pengurus Firma Quantity Surveying sendiri yg terkenal di Indonesia |
24 | Mohamad Zahid Jamaluddin | Marketing Manager @ PR Internationall Motivator & Tariner |
25 | Mohammad Salman bin Abd Jaafar | Machine Scientist |
Memory of Road 2 Java 3
Jogja, 24 Januari 2009
Posted by Reza Armanda Imanullah Nurul Akbar at 11:31 PM 4 comments
Thursday, February 19, 2009
Kembara 6 Hari di GAZA
Salam semua.
Satu program berkenaan dengan Gaza akan berlangsung pada hari sabtu malam ahad ini.Butir-butir lanjut adalah seperti berikut:
Masa:9.00-10.30 mlm
Tarikh:21 febuari 2009(sabtu)
Tempat:Masjid Jamek BBU
Disampaikan oleh:Prof. Dr.Hatta Shaharum.
(wakil Dr. dari Malaysia ke Gaza)
Oleh itu, semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.Peluang ini tidak datang berulang kali kerana ini adalah cetusan dan sedutan pengalaman serta kisah benar tentang apa yang dilalui oleh Prof.Dr.Hatta(Naib Presiden dan Dekan Fakulti perubatan CUCMS).
Anjuran:
Persatuan Alumni Sek Men Islam Hidayah
Johor Bahru (PaLs)
Federation of Islamic Medical
Associations (FIMA)
Gabungan NGO Muslim Negeri Johor
Masjid Jamek Bandar Baru Uda
AYUH BERSAMA-SAMA MENYELAMI PERJUANGAN SAUDARA-SAUDARA KITA!
Posted by nadiahusna at 10:56 PM 1 comments
Monday, February 16, 2009
High Impact ???
Salamullahi alaikum
“kaifa haluk?tgh buat apa?tidak jemu saya menanyakan gimana khabar iman dan semangat antum di malaysia.masyarakat di malaysia menunggu sesuatu dari antum untuk mereka.”
soalan ini mungkin sudah biasa bagi ikhwah r2j3 kerana sering ditanyakan oleh seorang ikhwah indonesia yang kami gelar peer teacher(am I rite) sebagai follow up kpd ikhwah.Tetapi alangkah sedihnya diri ini tatkala mendengar soalan sebegitu kerana malunya atas kehebatan ikhwah seberang yang begitu bersemangat sehingga tidak mengenal masa lapang apakan lg masa berlepak.
Dengan yang demikian penulis mengajak ikhwah wa akhawat r2j3 sekelian untuk kita semua bangun dan bersiap siaga untuk menjalankan tugas misi ini.dibawah ini penulis rakamkan organisasi high impact dan bidang tugas untuk memudahkan setiap biro menjalankan tugas masing2.
ORGANISASI HIGH IMPACT
penolong ketua : Nawal Saudah binti Shamsuddin
setiausaha 1: Anas bin Noor Azlan
setiausaha 2: Zati Arifah Afendi
bendahari : Mohamad Zahid Jamaluddin
biro sponsor : Anas Abidin Sazali & Irsyad Zaidon
biro logistik : Salman Jaafar & Sakeenah Salleh
biro program : Zubayr Afiq Zakaria & Muna Majidah Zameran
biro Multimedia : Munir Aizaini
biro protokol : Mardhiah Othman
biro makanan,pameran,jualan(MPJ) : Abid Syamsul & Muna Adilah
biro publisiti : Ahmad Khairuddin & Husna Zainuddin
BIDANG TUGAS
penolong ketua :- membantu ketua menguruskan hal-hal berbangkit
- memastikan akhawat menjalankan tugas dengan jayanya.
- memantau gerak kerja dan menjadi pihak tengah antara ketua dan akhawat.
Setiusaha : - mencatat segala butiran agenda dan perbincangan mesyuarat
-bersedia menulis segala surat yang berkaitan dengan misi ini.
-Membuat kertas kerja misi ini untuk dibentangkan kpd pihak berwajib.
Bendahari : - diamanahkan utk memegang jumlah wang yang diperolehi spnjng misi dijalankan.
-mencatat dengan teliti jumlah masuk keluar wang sepanjang misi ini.
Biro sponsor : - mencari seberapa banyak wang untuk memudahkan perjalanan misi ini.
-bergerak mencari sponsor dengan apa cara sekalipun.
Biro logistik : - merancang tempat yang sesuai untuk misi ini dijalankan.
- menguruskan dengan pihak b'wajib tempat yang telah ditetapkan untuk misi ini.
-Memastikan tempat yang dipilih sesuai untuk program yang dijalankan.
-Memastikan tmpt dan keperluan sekitarnya dlm keadaan baik sewaktu program.
Biro program : - merancang program apa yang akan dilaksanakan sepanjang misi ini
-menguruskan program yang tlh dirancang dengan baik cth:call penceramah
-menyusun aturcara majlis sepanjang misi ini.(tentatif)
Biro multimedia : - menguruskan multimedia sewaktu program berjalan.
-bertanggungjawab dalam menguruskan bahagian teknikal.
Biro protokol : - berkerjasama dengan biro program untuk menyusun aturcara majlis
-bertanggungjawab memastikan protokol majlis dalam keadaan baik
-memastikan cenderahati disediakan dan diterima oleh semua tetamu.
Biro MPJ : - memastikan makanan disediakan selepas tamat misi ini.
- mengatur dan menyusun tapak untuk jualan dan pameran.
-Menyediakan ruang dan kelengkapan untuk pameran r2j3
-mencari seberapa banyak peniaga untuk memenuhi tapak jualan
Biro publisiti : - mempromosikan misi ini keseluruh johor
-menyediakan flyers kepada masyarakat supaya dapat hadir ke misi ini.
-M'jemput tetamu t'hormat utkhadir sama dlm m'jayakan misi ini cth:MB&sultan
rancang sudah,tulis pun sudah.semua biro yang dilantik TAHNIAH ana ucapkan,semoga jawatan yang disandang ini bukan untuk dibangga2kan tetapi sebagai amanah yang harus dipikul dan dijalankan dengan sebaik mungkin.Segala kesilapan ketika menulis termasuk salah ejaan nama dan sebagainya harap dimaafkan dan boleh beritahu pada ana.jika ada bidang tugas yang tidak lengkap boleh jua bagi tahu pada ana untuk diperbaiki dan diperkemaskinikan secepat mungkin.Segala pertanyaan boleh terus ditanyakan pada ana untuk perkhususan.Sekian saja dari ana semoga antum wa antunna dapat menjalankan tugas ini sedaya yang termampu.
Salam penulisan
Posted by irfanmn_91 at 11:54 AM 0 comments