Wednesday, December 31, 2008

Ikhlaskan niat, Insya-Allah kerja tak penat




Assalamulaikum w.b.t., Ikhwah dan akhawat sekalian...

Rasanya sudah agak lama (lebih kurang dua minggu lebih) kita meluangkan masa bersama dalam Road to Jawa 3 ini, menjalani pelbagai aktiviti mengerah seluruh tenaga yang ada, melalui pahit, getir, suka dan duka yang seharusnya menghadirkan sejuta pengalaman yang mampu mematangkan diri kita dari suatu ketika dengan ketika yang lain.

Disamping mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran yang sepatutnya menambah keyakinan yang sudah sedia ada dalam diri kita, kita tidak seharusnya "terkurang" penghayatan ke atas amalan-amalan fardhi seharian sepertimana kita sengaja mengeluarkan wang yang kurang kepada penjual dengan harapan dia mengurangkan harga barangan tersebut. Ini kerana amalan2 fardhi yang teguh seperti inilah sebenarnya yang akan memacu fokus dan matlamat kita dalam menjalani sesuatu melalui program aka aktiviti khususnya serta dalam menghadapi mehnah dalam kehidupan.

Cuba pembaca visualisasikan, adakala waktunya kita terasa amat letih untuk menjalani sesuatu program, tetapi kita tetap ingin berusaha menggagahkan diri untuk menyelesaikan program tersebut hingga akhirnya kita mampu menggegar penamatnya.

Pada waktu ketika yang lain pula, pernahkah kita merasakan diri kita malas, tidak rela, terpaksa, kebosanan serta meyakini diri kita tidak mungkin akan terkesan langsung daripadanya? Tidak keterlaluan juga mungkin ada antara kita (KITA yang lain...bukan peserta R2J3) yang terasa diri mereka sudah terlebih cukup melalui proses pentarbiayahan diri.

Sebenarnya, dalam apa jua perkara sekalipun, Allah perlu diletakkan nombor satu dan semua perkara selainNya beredar di sekeliling. Dengan kata lain, Allah perlu diangkat sebagai "life centre". Apa jua perkara, perlakuan, perkataan semuanya kerana Allah serta berkehendakkan redhanya. Dari situlah lahirnya keimanan.

Dan ada pula hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud,

"Takkan berzina seseorang itu pabila dia berada dalam keadaan sempurna imannya, dan takkan mencuri seseorang itu pabila berada di dalam keadaan sempurna imannya..."
(maksud hadis)

Jadi, perlu diingat setiap perkara yang ikhlas yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah sebagai pahala asalkan cara dan pendekatan yang dipraktik adalah sesuatu yang tidak membatasi syari'e. Barulah amal kerja kita tidak sia-sia kepenatannya Insya-Allah. Walaupun sedang bekerja penat, sebenarnya rasa seperti berehat.

Akhir kalam, iman biar teguh dan cekal, barulah pendirian kukuh, perbuatan pun masuk akal. Ini renungan untuk kita bersama. Doakan penulis juga. Ameen...

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007