Sunday, February 15, 2009

Our Next Mission !

Salamullahi alaikum

Langkah bermula,strategi diatur.perjuangan selama kurang lebih 2 bulan diteruskan dengan fokus terbesar untuk terjun dalam masyarakat Malaysia yang majoriti remajanya sudah hanyut dibuai sungai keseronokan menuju laut kemaksiatan.

Sepanjang penulis menjalani hidup di program indoor maupun ketika berusaha mengutip dana(bahagian recycle@jualan kering),ramai yang bertanya bila nak berkongsi input tarbiyyah g diperolehi dgn masyarakat Malaysia umumnya dan masyarakat hidayah khususnya.tp penulis sering menolak pelawaan kerana kekerdilan,kejahilan dan lemahnya diri ini untuk untuk bercakap mengenai ISLAM dan TARBIYYAH.

Apakan daya,perancangan manusia tidaklah sehebat mana jika nak dibandingkan dengan aturan RABB JALIL.dengan yang demikian,perancangan yang disusun oleh AL-AZIZ terpaksa juga dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar penulis mampu menjawab kertas subjek”kemana masa yang telah engkau gunakan” disoal ketika peperiksaan diadakan x lama lg di dewan AL-MAHSYAR.

Akhirnya tercampaklah diri ini bersama rakan sepermainan,se’makan’an dan yg lbh penting seperjuangan(akhi zahid) ke program yang diatur sekolah iaitu MABIT untuk adik2 tigkatan 1 dan 2.x de yang manis untuk diceritakan spnjg kami memberikan talk ttp yg lbh manisnya perkongsian kami ini didengar,dilihat dan difahami dgn telitioleh adik2.(walaupun ada yg lg ketiduran,capek kot)

Fokus ucapan kami adalah untuk mendedahkan adik2 hidayah bahawa kehidupan ini tidaklah semudah yang disangka2,dan kemewahan yang dimiliki bukanlah untuk selama2nya.masyarakat2 diluar sana masih ramai yang memerlukan bantuan ,sokongan dan tarbiyyah dari kita sebagai seorang dai’e dan murobbi.masyarakat diluar sana walaupun hidup dalam kedaifan dan kekurangan dr segala aspek termasuk barang keperluan mereka sendiri ttp berbekalkan semangat yg berkobar2,jitu dan membara mereka sanggup juga meneruskan perjuangan menuntut ilmu seperti tempat yg kami lawati di Bantar Gerbang(tempat pengumpulan sampah seluruh Jakarta) dan Darul Hikmah(pesantren percuma utuk anak2 x berkemampuan)









Alangkah sdihnya diri ini tatkala melihat kehidupan mereka disana,tp yang lebih menyedihkan jika rakan2 seperjuangan ku ini yang ibu bapanya telah melaburkan kurang lebih RM 2000 untuk kehidupan ketika indoor dan perjalanan mereka di negeri seberang hilang,lenyap,ghaib atau futur(gugur)dalam perjuangan menegakkan agama ISLAM ini.agama ini makin diperkotak-katikkan oleh musuh2 islam,makin dihina,dicaci,dikutuk,dibenci dan dizalimi oleh orang2 kafir laknatullahi alaik.

Masyarakat diluar sana menunggu hadirnya kita dihadapan mereka untuk menerangkan keindahan islam dan kecantikan tarbiyyah.jangan sesekali merosakkannya dengan akhlak dan perlakuan kita yang boleh menjatuhkan harga diri islam sendiri.

Ayuh rakan2 sekalian,bangkit dari lamunan tidurmu itu,segarkan badanmu dr kerehatan panjang yang tiada kesudahannya,siapkan dirimu dengan hamassah jihad,aturkan kekuatanmu dengan perancangan yang rapi dan gerakkan langkahmu dengan satu tujuan dan kerjasama jemaah.

Perjuangan jihad dalam membantu jalan ini yang kita yakini dengan tekad kebenarannya mmg memerlukan pengorbanan dr seorang mujahid dan mujahidah.jadi sedikit pengorbanan yang telah digariskan oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna dalam 10 rukun baiah mengenai jihad dan pengorbanan sepatutnya tidak menjadikan kita lemah lg terkapai-kapai dalam menjalankan misi ini.

Jd bagi sesiapa yang telah dilantik oleh AL-JABBAR bg melaksanakan tugas ini,haruslah mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakannya."Ya ALLAH,kau tetapkanlah hati kami ini dalam mendaulatkan syariah mu,meneruskan perjuangan kekasihmu melaksanakan misi amar ma'ruf nahi mungkar yang telah kami ikrarkan bersama.janganlah kau bebani kami dengan beban yang x sanggup kami menanggungnya,bantulah kami menjalankan misi ini dengan hati yang ikhlas hanya kerana mu ya ALLAH.

Jom,dengan berbekalkan satu tekad dan keazaman yang tinggi melangit.kita gerakkan kapal dakwah ini,dengan bantuan dayung tarbiyyah menuju ke destinasi masyarakat.Sama2 kita sedarkan masyarakat tentang misi Gaza yang akan kita bawa pada prog high impact ini.Semoga tetap semangat dalam jalan ini.

salam penulisan

Friday, February 13, 2009

Islamic Hijri Calendar

Islamic Hijri Calendar

Thursday, February 12, 2009

Program Seterusnya Menanti

Salamullahi alaikum..
Semoga semua berada di bawah lembayung rahmat Allah.

Sudah seminggu kita meninggalkan bumi Jawa. Kini, ada tugasan lain yang menanti-berbakti kepada masyarakat di tanah kelahiran kita. Mungkin masing-masing sudah mulai sibuk. Namun, ingatlah bahawa kita adalah milik illahi. Jadi, kita harus terus berbakti kepada-Nya.

Hari Sabtu, 14 Februari menanti..
Valentine Day?
Hisy, ada tugasan yang telah direncanakan.
Program bersama masyarakat.
Ya, itulah yang kita nanti-nantikan.
Kempen "ANDA BIJAK JAUHI ZINA"
Ice-Breaking? Pentomin??

Allahu Akbar, teringat tugasan untuk lakonan. Pelbagai watak perlu dimainkan di atas pentas kehidupan. Mungkin ada di antara kita yang perlu memainkan watak remaja masa kini.


Kita sendiri dapat melihat betapa masyarakat sekarang amat membutuhkan bantuan kita. Bantuan untuk membawa mereka mencari nur hidayah dari Allah. Oleh itu, kita perlu memurnikan kembali niat, bagi melaksanakan tugas khalifah- amar ma'ruf wannahi 'anil munkar.

Ana pula baru sahaja selesai membaca buku yang dibawa pulang dari negara seberang, GOMBAL WARNING- hasil penulisan Burhan Sodiq.
Diceritakan di dalam buku tersebut, ada seorang wanita bertemu dan berbincang bersama seorang pemuda pada zaman Rsulullah s.a.w.
[Ketika bertemu, wanita itu pun berkata; "tolong tutupkan pintu". Pemuda tadi terpinga-pinga dan bertanya; "pintu apa?". Wanita itu lantas menjawab; "pintu di antara kau dan Allah". Lalu, pemuda tadi pun beristighfar dan menutup niatnya, bertemu perempuan itu hanya kerana Allah semata.]

Jadi, bagi sesiapa yang perlu melakukan watak yang extreme, jagalah dirimu. "Ya Allah, kau jagalah hati kami ini agar sentiasa menyintaimu. Tiada cinta yang lebih agung dari cinta-Mu. Kau peliharalah hati ini agar tidak dihasut oleh syaitan sehingga tergelincir dari landasan dakwah-Mu. Ameen."

Ayuh sama-sama kita nekad melakukan segalanya lillahi taala. Dengan niat untuk memberi kesedaran kepada masuyarakat bahawa dunia ini hanya sementara. Alam akhirat menanti kita.

Wassalam




















Alhamdulillah,akhirnya mampu juga diri ini menulis sepucuk,sehelai atau yang lbh gramatisnya selembar tulisan pada blog yang selalu dibuka tp hanya mampu melihat tulisan kwn2 ku yg hmm blh tahanlah.

Tp post kali ini izinkan hamba yang lemah ini menceritakan skit perasaan dan pengalaman yang patik timba dari negeri lahirnya ayat2 cinta.

sebenarnya patik cuba untuk berbahasa istana kerana ingin menghadap sultan perak pasal hal yang berbangkit nie,tp nmpk gayanya x berkebolehan.

jujurnya gambar diatas memberikan seribu satu juta kenangan pd diri ini,kerana pagi itu kami disajikan dengan hidangan yang sungguh enak yang dipanggil taujih.

Taujih yang menarik ini diberikan oleh Pak Mardani slps subuh stlh kesibukannya menguruskan PERMILU(pilihanraya).walaupun enak sungguh taujih ini,tp apakan daya tertidur jugak patik ini siap dibuai mimpi indah.bukan saja diri ini malah ramai lg,x leh handle.

Gambar ini diambil sbg kenangan kami bersama tokoh yang akan bertanding dlm pilihanraya akan dtg.Penulis merasakan satu kenikmatan apabila melihat kawasan yang majoritinya islam dan dari kalangan ikhwah,smpt jugak diri ini melihat sekitar kawasan iqra ini agar dpt melihat scr live tmpt pembikinan filem sang murobbi.

rasanya cukup sekadar tu jelah perkongsian hamba kerana hamba rasa sudah menyebabkan pembaca bosan lg boring.apa2 pun terima kasih kerana membaca.inilah pertama kali diri ini menulis di blog r2j3,harapkan tunjuk ajar dari kalian semua.

Bersamalah kita menggegarkan malaysia dengan program kemasyarakatan yang akan kita rancangkan bersama ini.

salam penulisan

Tuesday, February 10, 2009

PEMBERITAHUAN dan PENGUMUMAN

Salam kepada semua ikhwah dan akhawat R2J3 yang dihormati sekalian,

Di sini, ana sebagai wakil unit penerbitan ingin memaklumkan
kepada semua tentang penulisan .
Diharap kepada semua peserta R2J3, menyiapkan jurnal masing-masing
(pengalaman..etc)sepanjang berada di Jawa selama 2 minggu.
Harapan semua peserta R2J3 ialah,buku R2J3 dapat dihasilkan
dan pengalaman kita yang berharga dapat dikongsi bersama masyarakat di luar sana.

~semoga antum semua dapat menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Apa-apa masalah, boleh rujuk kepada Unit Penerbitan R2J3.
Setakat itu sahaja buat masa ini.Lain-lain update, akan dimaklumkan kemudian.Yang prior sekarang, ialah siapkan jurnal untuk 2 minggu di Jawa.

Syukran.


Mudah tapi sukar diamalkan (?)

Jujurnya, penulis akan tersenyum sinis tambah hati sedikit terguris bila melihat gambar ini yang penuh dengan pengajaran manis.
Memang tidak disangka, peristiwa kecil yang berlaku saat itu sangat-sangat bermakna buat penulis.

Masakan tidak,
Bayangkanlah, seorang manusia tua bersusah payah mencari rezeki halal menjual kopiah/topi traditional di tengah kesibukan kota di Indonesia.
Saat gerai kecilnya itu lengang dek pelanggan, muncul segorombolan manusia muda menyerbu gerai topi traditionalnya sambil membelek-belek aneka rupa topi-topi/kopiah itu.
Bukan sekadar memegang dan membelek-belek, Bahkan sempat mengenakannya di atas kepala tambah ada juga yang sempat bergambar-gambar sambil berposing pelbagai gaya bebas.

Bayangkanlah perasaan manusia tua si penjual tatkala itu. Memang kalau penulis sendiri juga akan gembira dan hati berbunga-bunga sambil hati berteriakan "Alhamdulillah..Banyak rezeki aku hari ini!"

Namun,,
Pasti sekali Sangkaan manusia tua tersebut meleset sama sekali.
Tiada seorangpun daripada gerombolan manusia muda itu yang membeli barangannya. Malah lebih dahsyat lagi, mereka hanya pergi meninggalkannya tanpa sempat memberi salam mesra mahupun bertanya khabar.

Astaghfirullah...

+++++++++++++++

Pengajaran :
Bergaulah dengan manusia dengan sebaiknya.
Jagalah hati manusia.tidak kira sesiapapun.
Jangan merendah-rendahkan orang lain.tidak kira sesiapapun.
Tidak kira darjat.kekayaan.tahap ilmu.dan sebagainya

"Sesungguhnya manusia paling mulia disisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa di antara kamu"
(alhujurat : 13)
Mudah kan?
Assalamualaikum!

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007