Thursday, February 12, 2009

Program Seterusnya Menanti

Salamullahi alaikum..
Semoga semua berada di bawah lembayung rahmat Allah.

Sudah seminggu kita meninggalkan bumi Jawa. Kini, ada tugasan lain yang menanti-berbakti kepada masyarakat di tanah kelahiran kita. Mungkin masing-masing sudah mulai sibuk. Namun, ingatlah bahawa kita adalah milik illahi. Jadi, kita harus terus berbakti kepada-Nya.

Hari Sabtu, 14 Februari menanti..
Valentine Day?
Hisy, ada tugasan yang telah direncanakan.
Program bersama masyarakat.
Ya, itulah yang kita nanti-nantikan.
Kempen "ANDA BIJAK JAUHI ZINA"
Ice-Breaking? Pentomin??

Allahu Akbar, teringat tugasan untuk lakonan. Pelbagai watak perlu dimainkan di atas pentas kehidupan. Mungkin ada di antara kita yang perlu memainkan watak remaja masa kini.


Kita sendiri dapat melihat betapa masyarakat sekarang amat membutuhkan bantuan kita. Bantuan untuk membawa mereka mencari nur hidayah dari Allah. Oleh itu, kita perlu memurnikan kembali niat, bagi melaksanakan tugas khalifah- amar ma'ruf wannahi 'anil munkar.

Ana pula baru sahaja selesai membaca buku yang dibawa pulang dari negara seberang, GOMBAL WARNING- hasil penulisan Burhan Sodiq.
Diceritakan di dalam buku tersebut, ada seorang wanita bertemu dan berbincang bersama seorang pemuda pada zaman Rsulullah s.a.w.
[Ketika bertemu, wanita itu pun berkata; "tolong tutupkan pintu". Pemuda tadi terpinga-pinga dan bertanya; "pintu apa?". Wanita itu lantas menjawab; "pintu di antara kau dan Allah". Lalu, pemuda tadi pun beristighfar dan menutup niatnya, bertemu perempuan itu hanya kerana Allah semata.]

Jadi, bagi sesiapa yang perlu melakukan watak yang extreme, jagalah dirimu. "Ya Allah, kau jagalah hati kami ini agar sentiasa menyintaimu. Tiada cinta yang lebih agung dari cinta-Mu. Kau peliharalah hati ini agar tidak dihasut oleh syaitan sehingga tergelincir dari landasan dakwah-Mu. Ameen."

Ayuh sama-sama kita nekad melakukan segalanya lillahi taala. Dengan niat untuk memberi kesedaran kepada masuyarakat bahawa dunia ini hanya sementara. Alam akhirat menanti kita.

Wassalam

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007