Sunday, February 15, 2009

Our Next Mission !

Salamullahi alaikum

Langkah bermula,strategi diatur.perjuangan selama kurang lebih 2 bulan diteruskan dengan fokus terbesar untuk terjun dalam masyarakat Malaysia yang majoriti remajanya sudah hanyut dibuai sungai keseronokan menuju laut kemaksiatan.

Sepanjang penulis menjalani hidup di program indoor maupun ketika berusaha mengutip dana(bahagian recycle@jualan kering),ramai yang bertanya bila nak berkongsi input tarbiyyah g diperolehi dgn masyarakat Malaysia umumnya dan masyarakat hidayah khususnya.tp penulis sering menolak pelawaan kerana kekerdilan,kejahilan dan lemahnya diri ini untuk untuk bercakap mengenai ISLAM dan TARBIYYAH.

Apakan daya,perancangan manusia tidaklah sehebat mana jika nak dibandingkan dengan aturan RABB JALIL.dengan yang demikian,perancangan yang disusun oleh AL-AZIZ terpaksa juga dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar penulis mampu menjawab kertas subjek”kemana masa yang telah engkau gunakan” disoal ketika peperiksaan diadakan x lama lg di dewan AL-MAHSYAR.

Akhirnya tercampaklah diri ini bersama rakan sepermainan,se’makan’an dan yg lbh penting seperjuangan(akhi zahid) ke program yang diatur sekolah iaitu MABIT untuk adik2 tigkatan 1 dan 2.x de yang manis untuk diceritakan spnjg kami memberikan talk ttp yg lbh manisnya perkongsian kami ini didengar,dilihat dan difahami dgn telitioleh adik2.(walaupun ada yg lg ketiduran,capek kot)

Fokus ucapan kami adalah untuk mendedahkan adik2 hidayah bahawa kehidupan ini tidaklah semudah yang disangka2,dan kemewahan yang dimiliki bukanlah untuk selama2nya.masyarakat2 diluar sana masih ramai yang memerlukan bantuan ,sokongan dan tarbiyyah dari kita sebagai seorang dai’e dan murobbi.masyarakat diluar sana walaupun hidup dalam kedaifan dan kekurangan dr segala aspek termasuk barang keperluan mereka sendiri ttp berbekalkan semangat yg berkobar2,jitu dan membara mereka sanggup juga meneruskan perjuangan menuntut ilmu seperti tempat yg kami lawati di Bantar Gerbang(tempat pengumpulan sampah seluruh Jakarta) dan Darul Hikmah(pesantren percuma utuk anak2 x berkemampuan)









Alangkah sdihnya diri ini tatkala melihat kehidupan mereka disana,tp yang lebih menyedihkan jika rakan2 seperjuangan ku ini yang ibu bapanya telah melaburkan kurang lebih RM 2000 untuk kehidupan ketika indoor dan perjalanan mereka di negeri seberang hilang,lenyap,ghaib atau futur(gugur)dalam perjuangan menegakkan agama ISLAM ini.agama ini makin diperkotak-katikkan oleh musuh2 islam,makin dihina,dicaci,dikutuk,dibenci dan dizalimi oleh orang2 kafir laknatullahi alaik.

Masyarakat diluar sana menunggu hadirnya kita dihadapan mereka untuk menerangkan keindahan islam dan kecantikan tarbiyyah.jangan sesekali merosakkannya dengan akhlak dan perlakuan kita yang boleh menjatuhkan harga diri islam sendiri.

Ayuh rakan2 sekalian,bangkit dari lamunan tidurmu itu,segarkan badanmu dr kerehatan panjang yang tiada kesudahannya,siapkan dirimu dengan hamassah jihad,aturkan kekuatanmu dengan perancangan yang rapi dan gerakkan langkahmu dengan satu tujuan dan kerjasama jemaah.

Perjuangan jihad dalam membantu jalan ini yang kita yakini dengan tekad kebenarannya mmg memerlukan pengorbanan dr seorang mujahid dan mujahidah.jadi sedikit pengorbanan yang telah digariskan oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna dalam 10 rukun baiah mengenai jihad dan pengorbanan sepatutnya tidak menjadikan kita lemah lg terkapai-kapai dalam menjalankan misi ini.

Jd bagi sesiapa yang telah dilantik oleh AL-JABBAR bg melaksanakan tugas ini,haruslah mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakannya."Ya ALLAH,kau tetapkanlah hati kami ini dalam mendaulatkan syariah mu,meneruskan perjuangan kekasihmu melaksanakan misi amar ma'ruf nahi mungkar yang telah kami ikrarkan bersama.janganlah kau bebani kami dengan beban yang x sanggup kami menanggungnya,bantulah kami menjalankan misi ini dengan hati yang ikhlas hanya kerana mu ya ALLAH.

Jom,dengan berbekalkan satu tekad dan keazaman yang tinggi melangit.kita gerakkan kapal dakwah ini,dengan bantuan dayung tarbiyyah menuju ke destinasi masyarakat.Sama2 kita sedarkan masyarakat tentang misi Gaza yang akan kita bawa pada prog high impact ini.Semoga tetap semangat dalam jalan ini.

salam penulisan

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007