Monday, January 5, 2009

Buat Pengislahan Diri..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Semoga kiriman ini menemui sahabat-sahabat dan mak cik dalam keadaan sihat wal afiat. Dalam kesenggangan masa yang singkat ini, alhamdulillah terdetik hati untuk menulis secebis "tazkiyyatun nafs" buat para peserta R2J3 yang sedang tercari-cari nilai Islam yang murni dalam erti sebuah perjuangan. Ayuh sama-sama kita koreksi diri dalam menjalani kehidupan hari ini.

Ana ingin kongsikan bersama sebuah kisah:

Seorang pemuda sedang berjalan-jalan (Road2jalan2) sendirian. Tiba di sebuah kawasan, langkah si pemuda terhenti apabila melihat seorang pak cik yang sedang mengorek pasir. Pemuda tadi terus bertanya kepada pak cik tadi; "Pak cik, ngapa pak cik korek pasir ni?" Pak cik itu pun berkata; " Pak cik korek tanah ni sebab ini memang kerja pak cik". Pemuda tadi pun berlalu.

Si pemuda meneruskan perjalanan. Dia berhenti dan bertanya kepada seorang pak cik yang sedang ditemui; "Pak cik bancuh simen ni, kenapa?" Pak cik tu pun menjawab dengan nada yang sinis; "Anak, pak cik bancuh simen ni sebab nak buat simenla..." Pemuda tadi pun terus berjalan. Sekali lagi pemuda itu berhenti dan bertanya kepada seorang pak cik yang sedang membakar bata; "Pak cik, boleh saya tanya, pak cik bakar bata ini untuk apa?" Pak cik tadi pun menjawab; "Saya ni memang kerja bakar bata, nak bagi makan anak-anak dan bini kat rumah". Si pemuda tadi terus berlalu dengan penuh tanda tanya.

Pemuda tadi berfikir dan berkata kepada dirinya, "Alangkah baiknya jika apabila disoal, pak cik2 tadi menjawab- pak cik korek pasir/ bancuh simen/ bakar batu bata kerana pak cik ingin membina sebuah menara yang sangat tinggi dan megah"

Sahabat2,
Faham tak apa yang ingin disampaikan oleh pemuda berkenaan? Sebenarnya kisah ini diceritakan oleh ayah ana sebelum ana bertolak ke johor untuk menyertai R2J3. Sudah lama ingin ana kongsikan bersama sahabat sekalian tetapi tidak berpeluang ketika berprogram.
Pokok pangkal yang ingin disampaikan ialah tentang perkara yang telah pun kita bincangkan pada KULTUM yang lepas. Adalah sangat penting untuk kita ketahui visi dan misi kita yang sebenar. Cuba kita bertanya pada diri kita, "kenapa saya sertai R2J3?" -Oo, untuk isi masa lapangla.., lepas SPM...! Adakah itu jawapan kita?

Sekarang, kita harus mengucapkan rasa syukur buat Allah yang telah mengurniakan kita ibu bapa yang telah menjadi seolah2 pak cik seperti yang difikirkan oleh pemuda dalam kisah tadi. Pak cik2 dan mak cik2 telah nampak bahawa apabila mereka menganjurkan program ini dan mendaftarkan kita untuk menyertainya, semuanya adalah kerana mereka ingin membina kembali daulah islamiyyah yang kukuh dan dipandang mulia oleh mata-mata dunia. Jadi, bagaimana pula dengan diri kita?

Ayuh sahabat2, kita tetapkan visi dan misi hidup kita iaitu ingin menyambung perjuangan para rasul dan juga ibu bapa kita. Oleh itu, program R2J3 ini merupakan salah satu wasilah untuk kita mencapai visi dan misi ini, Insya-Allah. Janganlah kita mengeluh dan berpaling arah dengan segala tarbiyyah yang kita perolehi selama ini kerana kita tahu dan faham apakah visi dan misi kita yang sebenar. Ingatlah, segala kesenangan dan kepayahan yang kita lalui dalam kehidupan merupakan nikmat dan ujian dari Allah bagi memantapkan lagi "hammasatul jihad" dalam diri hambaNya.

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa ummat
Persiap menghadapi cabaran
Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kemakrufan
Menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bagi sesiapa yang masih belum berterima kasih kepada ibu bapa, bolehlah berbuat demikian segera. Kita generasi pewaris dakwah mereka. Teruskan perjuangan.. Takbir, ALLAHU AKBAR!!!!

wassalam
kullu 'aamin wa antum bikhair

oleh: Muna Majidah Zameran

p/s- kalau nak buat badge kita perlukan besi, plastik, kertas dan paling penting mesin untuk menggabungkannya [ada kaitan dengan cerita sikit]


0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007