Saturday, January 17, 2009

We Are The Future

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

"Langit menggelap, sang bulan mula menampakkan diri di persada langit berbintang..tanda hari menuju penghujungnya..menanti...munculnya hari esok.."

"Ada apa dengan esok?" adik bertanya kepadaku.

"Adik, kita sebagai manusia punyai 2 tujuan diciptakan, adik kan pernah baca ayat 56 dr suroh az-Dzariyaat yang menjelaskan tugas kita di atas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah," aku menjelaskan.

"Apa lagi satu?" adikku bertanya lagi.

"Dalam surah al-Baqaroh ayat 30 pula, Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Bukan hanya di Malaysia. Tugas khalifah perlu dilaksanakan di seluruh muka bumi yang wujudnya kalimah La Ilaha Illallah," tambahku..

Khalifah...susah ke nak jadi...apatah lagi memahami..

Pernah Murobbiku menjelaskan, sebelum kedatangan Rasul, manusia ketika itu berada dalam kegelapan dan kejahiliyahan. Tetapi selepas Rasulullah diutuskan, mereka menjadi sebaik-baik umat (khalifah).

"Antum nak tahu bagaimana Rasulullah dapt mengubah keadaan ketika itu?" Sang Murobbi
bertanya.

"Memangla nak tahu..!!" serentak kami menjawab.

"Itulah peranan Tarbiyah," jelas Sang Murobbi.

Sejak hari itu, aku mengetahui ada perkataan 'Tarbiyah'. Aku fahami tarbiyah itu bukanlah satu pengertian secara lughawi (bahasa) tetapi satu kata kerja bukan kata nama.

'Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula memerlukan Tarbiyah'.

Teringat kata-kata murobbi.

Aku memikirkan....'tugas kita di muka bumi ini sebagai hamba dan khalifah..Kalau
begitu, nak menjadi kedua-duanya perlulah kepada Tarbiyah...

Kini aku bersyukur, aku berada di dalam lingkungan Tarbiyah Islamiyyah, sama ada aku
hanya terkena biasnya ataupun masuk ke dalamnya. Aku berharap akau berada dalam
landasan yang tepat.

Jika seorang penyelam ingin mencari mutiara tercantik di dasar laut, pasti dia
memerlukan peta untuk mencapai tujuannya. Begitulah kehidupanku, aku ingin mencari
mutiara tersebut (notabene :mencapai tujuan penciptaan) dan aku memerlukan peta...
Peta tersebut memang sudah tersedia iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Tapi...macam mana nak faham peta ini??

Aku bersyukur kerana hadir individu-individu yang sanggup mengorbankan jiwa raganya untuk memahamkan aku dengan peta tersebut...bukan sekejap untuk aku faham dan kini
belum pasti aku dapat menyelami seterusnya memahami peta tersebut..dan mereka tidak
pernah berhenti berusaha memahamkan aku...


"Ya Allah, masa tidak pernah menunggu kami.Esok merupakan hari keberangkatan kami ke
Jawa. Kau jadikanlah kembara ini kembara tarbawi yang bisa mengantarkan kami menjadi
manusia yang lebih dekat padaMu. Jadikanlah diri kami melihat negara jiran kami
sebagai negara kami. Jadikanlah degupan jantung kami semasa berada di sana sebagai
degupan jantung yang akan menggalas misi besar apabila pulang nanti. Jadikanlah diri
kami melihat umat di sana dengan mata hati yang bening. Ya Allah, keberangkatan kami
adalah mencari RidhoMu semata. Kepenatan kami baru sedikit berbanding teman-teman kami
di Gaza bumi Ribath. Ya Allah, jadikanlah kembara kami bukan kembara jasad, tetapi
kembara jiwa..kerana kami adalah masa depan.."

"Kau kasihanilah mereka yang membantu aku mengenalMu ya Allah.."

Sang Murobbi berkata dengan penuh harapan dan kasih, "Antum harus penjadi penerus Abi
dan Ummi antum.."

Doakan kami, generasi masa depan yang akan meneruskan perjuangan antum..ameen.

"Kembara Ini Baru Hendak Bermula"

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007