Sunday, January 4, 2009

Jihad kita..

Assalamualaikum semua..

alhamdulillah, kita dah melalui beberapa hari yang sukar+serabut+memenatkan+apa2 yang patut.Kerja byk. Jualan hampir2 tiap hari ada. TMS byk permintaan (alhamdulillah.ditambah pula dgn pengambil tmphn misteri.makin byk keja). Recycle dah byk yang dikumpul (tgh kutip lg).



Setakat ni mcm mana? ada yang dah demam2 x? tenaga masih byk?Mesti semua sihat2 lg kan. Kecuali beberapa orglah yang 'ter'demam sebab x cukup rehat. Semuanya insya Allah pemuda/i yang hebat. Kelebihan pemuda, energy lg byk dari org tua (baca dari kertas kajang yg tampal kat dinding time prog ust hasanuddin).



Masa yang semakin suntuk ni,kita perlu korbankan byk perkara. tv, internet, tidur, lepak, duduk2 dgn keluarga dan kalau bab duit pula, duit minyak (some of us) dan duit top up.Pernah juga dua hari dah habis dah credit. Kesian juga bila kadang2 ayah ana terpaksa keluarkan duit utk belikan top up bila ana x mampu beli sebab duit dah habis. Walaupun beribu2 duit dah dikeluarkan utk program ni, tapi beliau sanggup juga keluarkan. Allah sahaja yg dpt balas jasanya.



Bak kata Pakcik Masiri, parents kita sanggup serahkan segala2nya, utk kita menjadi pewaris bg perjuangan mereka. Diorang bukan saja2 nak suruh kita pergi R2J3 ni. Kalau ikutkan, duit 2K lebih ni boleh aje parents kita guna utk benda lain mcm baiki rumah ke, tanggung abg kahwin ke.Tapi semangat berkorban mereka tinggi.

So sekarang tiba masa kita utk buktikan kita mampu buat.
Berusaha sedaya mungkin. Never give up.




Dan harap semua walaupun sibuk, masih mengikuti perkembangan semasa.
lagi2 tentang Gaza. tentang Hamas. tentang intifadhah yang ketiga. Peperangan ini bukan antara yahudi vs Gaza sahaja, tapi peperangan yahudi vs gaza, penduduk falastin n muslim world. Jgn jadi katak bawah tempurung yang pakai earphone sambil dgr lagu, dah tak nampak apa terjadi di luar, malah x dgr apa pun yg terjadi.


Ingat,
Berjuang demi dakwah mmg memenatkan, kerana tiada jln mudah dlm dakwah.

Semua kuatkan semangat!
Ikhwah and akhawat R2J3 mampu lakukan.

wassalam
insan biasa,
NawalSaudahBintShamsudin.

p/s: jgn lupa jaga kesihatan.

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007