Saturday, January 17, 2009

Terima Kasih Murabbi ku..

Wah,
Berhari-hari bahkan berminggu-minggu berlalu, terasa seakan-akan sesaat sahaja.
Masakan tidak, Siang malam berhumpas pulas mengembara ke sana-sini menggapai misi suci ini.
Jangankan katil mahupun bantal empuk nan wangi semerbak kasturi, kamar sendiri pun susah disinggahi. Apatah lagi, makanan enak masakan mama tercinta...
Cukup Kereta kecil berkerusi keras buat kami bermalam untuk menjaga hak jasad ini yang memerlukan haknya juga.

Sungguh, inilah saat-saat manis buat kami dalam fasa mencapai ukhuwwah sejati ini dan dalam usaha menggapai misi agung ini.



+++++++++++++++++++++++++


Saudara,
Sedar tidak sedar, makhluk yang kami tempuhi ini, yang telah disusun rapi oleh sang murabbi sejati yang berhari-hari mengorbankan masa dan segala kemewahan duniawi ini, telah pun hampir ke kemuncaknya.

Saudara,
Hati ini sebenarnya kian terharu tambah pilu melihatkan pengorbanan manusia-manusia bergelar murabbi ini yang berhari-hari mengorbankan kepentingan peribadi untuk berjuang bersama-sama pemuda pemudi yang masih baru berjinak-jinak dalam kancah ini. Bukan kancah maksiat mahupun sia-sia.
Tetapi kancah dakwah dan tarbiyyah.
Terima kasih kepada semua ya. Abah, mama,Pakcik, Makcik. Prof, Doktor, Ir,Ar, dan bermacam-macam lagi. Apalah dunia ini nak dibandingkan dengan Syurga Firdaus itu...


Saudara,
tinggal beberapa saat sahaja lagi, kami akan terbang mengembara nun jauh di perantauan sana.
Menyelami lautan ilmu yang terkandung seribu macam keistimewaan tersirat.

Sama-samalah kita bersedia !

Assalamualaikum

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007