Thursday, January 22, 2009

Dari Jakarta

Monday, January 19, 2009 12:06 PM

Ustaz pengiring, Mohd Hairozi Mohamad

Assalamualaikum

Semoga dirahmati Allah

Anak-anak R2J3 telah selamat sampai ke Madrasah Iqra` jam 12.30 pagi (waktu Jakarta) hari Isnin 19 Januari. Rombongan kami disambut di bandara Hatta-Soekarno oleh Pak Wawan Susanto, Pak Casudi, Pak Kelly Bangun dan Pak Cik Hisham Jaafar. Beberapa akhawat juga menyambut anak-anak.

Setelah sampai di Iqra’, kami diberikan taklimat di dalam masjid Madrasah sehingga jam 1.30 pagi. Selesai taklimat logistik dan alu-aluan, rombongan disajikan nasi Uduk.
Anak-anak lelaki, Ikhwah menginap di rumah Dr Pak Nur Wahid dan Akhawat di rumah Akh Pak Sunu Samartono.

Jam 4.30 pagi dilaksanakan solat subuh berjemaah dan sekali lagi ucapan aluan dari jemaah masjid kepada kami dan ucapan balas dari ana. Acara pembukaan akan diadakan selepas Zohor dan dijangka Pak Dr Mardani Ali Sera akan menyampaikan taujih. Beliau dalam perjalanan pulang dari Halmahera. Anak-anak bersemangat dan pada pagi ini mereka melawat sekitar Iqra`


Wslm

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007