Sunday, February 8, 2009

Bila tiba detiknya...



Bismillahirrahmanirrahim...

Duhai sahabatku sahabat sejati yang senantiasa ku ingati di dalam hati jua sanubari,

Baru2 ini keluhan2 puas penulis dengari dari bibir teman2 yang baru sahaja kembali dari sebuah negeri. Mereka baru pulang daripada selesai melaksanakan sebuah misi yang bukannya tamat setakat ini. Alhamdulillah niat ikhlas yang telah lama tertanam di dalam diri, Insya Allah mampu menghasilkan kemampuan mengubah segala persepsi dari setiap segi mengenai erti kehidupan ini.

Jangan cuba diselindungkan lagi segala keinginan untuk berubah kerana kelak mungkin bertambah susah. Malah lebih parah, juga bakalan mengundang pelbagai masalah yang berkemungkinan menjadikan hidup sahabat2 kehilangan arah.

Duhai teman seperjuangan era akhir zaman,

Ingatlah, perjalanan yang sukar dihadapi yang punya banyak halangan menanti jika berjaya ditempuhi lalu terhenti di destinasi yang belum pasti itu adalah langsung tidak bererti.
Cubalah kekalkan kekuatan dan tekad, bulatkan keinginan dan nekad untuk berubah kepada yang lebih hebat. Bukan pula hanya tersekat untuk masa terdekat tetapi juga buat bekalan menghadapi hari Akhirat.

Jika difikirkan, kesempatan bukanlah datang dengan ketetapan mahupun penjadualan, malah akan pergi jua melayang meninggalkan diri kita termundar-mandir lalu menghadirkan pula kecapekan, lelah dan sikap menyerah kalah.

Bukan sekadar hiasan

Jangan ditunggu hadirnya kekuatan, kerana di akhirnya penyesalan yang rasanya tiada berkesudahan. Sebaliknya, kekuatan yang telah sedia diraih perlulah digarap sesuai dengan keadaan dan persekitaran. Lantas membentuk segugus manfaat yang mampu dinikmati semua paling tidak dapat dinikmati rasa serta aura kemenangan dan kepuasan yang bentuknya sendiri ditempa oleh kita.

Jadi, jangan lupa tiada apa yang ada di duniawi berkekalan mahupun kebal dari segala faktor2 kepupusan. Kecuali yang satu ini, iaitu-Perubahan- itu sendiri.

Sesungguhnya, perubahan itulah suatu fitrah yang melengkapi manusia kerana itu ianya kekal berjalan, berubah dan berubah. Bahkan sesuatu yang lebih baik pun akan tetap berubah kepada yang lebih baik lagi. Apa yang lebih malang, ianya berubah kepada yang lebih buruk.

Hal ini sunnah PERUBAHAN. Tiada yang statik. Jika tidak maju ke hadapan, ia bakalan menjadi sebaliknya. Jangan terus-terusan membelakangi fitrah insani.

Wahai teman,

Bermula dari dasar nurani seorang insan,
menuju ke arah pemuliharaan persekitaran.
Justeru, apa lagi yang diragu...

Sekaranglah detiknya...

1 comments:

Unknown said...

pergh.best.teruskan.(ceh.macam penanda kertas BM.bubuh sikit komen@katakata semangat.haha.)

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007