Tuesday, February 10, 2009

Nasyid Bingkai Kehidupan

Aslm

Nasyid ini berkumandang berulangkali di sepanjang pengembaraan Road To Jawa; di atas bas, di dalam angkutan kota atau sambil berjalan kaki. Yang paling menarik adalah apabila ianya berkumandang pada petang Selasa 6 Februari 2007, di dewan mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Jogjakarta atau Dinas Budaya dan Pendidikan Kota Jogja oleh wakil atau ketua kesatuan pelajar Islam SMA seluruh kota Jogja bersama-sama Remaja R2J Malaysia sambil mengibar bendera kebangsaan Indonesia dan Malaysia. Kuat serta nyaring sekali suara mereka bersatu nada dan irama.

Sebelum itu, Pak Cik diminta berucap bagi pihak pelajar Malaysia secara formal dalam majlis perasmian dialog pelajar Indonesia-Malaysia bersama Ketua Dinas dan kepala sekolah-sekolah ulung di Yogjakarta. Seperti biasa, saya naikkan nama dan semangat pelajar Hidayah Johor Bahru. Maklumlah jadi bidan terjun wakil-wakil pelajar Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selepas itu, anakanda Azlan berucap sebagai wakil pelajar yang begitu diplomatik dan berjaya mencuit hati semua pelajar yang hadir dalam menjawab soalan-soalan remaja/pelajar. Anakanda Anas juga turut membantu beliau dalam menjelaskan beberapa hal yang rumit. Saya tersenyum girang melihat telatah anak-anak muda ini.

Sebahagian daripada sendikata nasyid:-

Mengharungi samudra kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Wslm

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007