Tuesday, February 10, 2009

Sedutan teks Sejarah Tingkatan Enam

Assalamu'alaikum

Sejarah Islam Jogjakarta-Demak

Kerajaan Mataram II didirikan oleh Sutowijoyo setelah berjaya mengalahkan Arya Pangiri pada tahun 1586. Pada zaman Mas Rangsing dengan nama Sultan Agung [1613- 1645], kerajaan Islam Mataram II mencapai kemuncak kejayaan. Dari sudut pencapaian politik, Sultan Agung berjaya menghadapi seterunya terutama penjajah Belanda.

Kita dapat lihat sendiri kesan-kesan sejarah silam di Pintu Gerbang kota Kraton Jogjakarta. Malah makhluk ciptaan Allah seperti pokok besar ‘alun-alun’ yang mistik turut membantu memberi sumbangan mempertahan kota orang Islam dari dijajah oleh pihak Belanda. Sultan Agung serta ulama’ Islam di masa itu telah berusaha untuk memperkenal Islam melalui ‘Jalur Budaya’ untuk menarik rakyat Jawa yang pekat dengan budaya ajaran agama Hindu, kepada agama Islam.

Di perkarangan Masjid Demak, kita melihat tinggalan sejarah silam tentang satria-satria Islam wali Songo. Dari fakta sejarah pula, Kerajaan Islam Demak bangkit setelah kejatuhan kerajaan Majapahit iaitu dari 1478 hingga 1550. Raden Patah, putera Kertabhumi yang beragama Islam, tinggal di Demak dalam pengawasan para wali dan sunan. Atas ketetapan wali, Raden Patah ditabal menjadi raja pertama Demak pada tahun 1478 Masehi dengan gelaran Sultan Shah Alam Akbar. Jasa terbesar kerajaan Demak ialah percubaan untuk melaksanakan ajaran Islam secara tegas. Masjid yang indah dan kukuh ini telah didirikan semula selepas diruntuhkan oleh penjajah Belanda.
Apa yang penting dari kedua-dua kesan sejarah adalah usaha-usaha awal Islam di ketengahkan kepada masyarakat Jawa yang dilingkungi oleh pengaruh lama Hindu-Buddha dan dijajah beratus-ratus tahun oleh penjajah Belanda.

Pengajaran: Marilah kita sama-sama mendalami sejarah perkembangan Islam di Nusantara ini untuk mematangkan kita tentang dakwah Islam masa kini. Anak-anak adalah warisan ibubapa untuk mempertahankan Islam dan kedaulatan ummah di masa akan datang.

Misalnya- Anak2 R2A patut tahu/memahami tentang sejarah Islam Empayar Acheh; anak2 R2J, R2J2 dan R2J3 sepatutnya tahu/menghadam tentang sejarah Islam Jogjakarta, tentang gunung berapi Mount Merapi dsb. Apa maksudnya jalur budaya, jalur dakwah, jalur kebajikan dan seumpamanya.

Wallahua'lam
PC Mazlan

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007